Sebenarnye cuti sekolah ni cikgu ada bagi kerja sekolah tapi aku x buat......Hai AQMAR kau cite pasal Adnan kat sekolah jer semalam kau x tau apa budak-budak warrior buat.
Citenye mula begini........Semasa hari Isnin, aku ngan Helmy rancang nak main bola hari Khamis. X kan nak main bola dua orang je. Jadi Helmy ajak la Ruben. Keesokkan harinya, last day sekolah, tetiba Helmy cakap kat aku nak main bola hari Rabu. Helmy tukar hari sebab budak-budak warrior pun nak main bola tapi x nak main hari Khamis. Bila nak cakap kat Ruben main bola hari Rabu, Ruben x datang la pulak. Nazirul tau rumah Ruben kat mane. Jadi pada hari rabu kitaorang sume dah set nak main bola dan kumpul kat stadium sementara aku pegi ambik Helmy kat Carrefour. Kenapa Helmy x berani datang stadium naik basikal sendiri macam Asyraf(Kayu)????
Dah ambik Helmy, sarapan kat umah aku lepas tu ambik Nazirul kat hospital. Dah ada Nazirul, boleh la tunjukkan kat mana rumah Ruben nanti hari Khamis menunggu pulak kat stadium dengan penuh semangat untuk bermain bola. Tapi malangnya Ruben x de kat rumah, x dapat nak beritau yang hari Khamis x main bola. Pegi stadium pulak nak tengok Adnan yang tgh menunggu. Nak pegi stadium lalu sekolah jumpa pulak Adnan, aku ingat Adnan sorang je rupanya Asyraf, Amirul Asyraf (Kayu), dan Amzar ada sekali.
Dah kumpul-kumpul tu, tetiba Adnan keluar beg plastik yang penuh belon. Aku terpaksa ikut diorang pegi tasik Y nak sambung main belon air semalam kat sekolah. Oleh kerana diorang x jumpa paip nak isi air pegi pulak stadium ada paip tapi ada pak cik marah kerana bersepah lepas kemas dan membazir air. Aku terpaksa la ajak pegi rumah aku sambung main belon air. Habis rumah aku basah macam kena banjir. Kenakan sesama sendiri. Apapun aku x kan puas hati dgn Amzar dan Adnan kerana menjadi ketua main belon air. Yang basah lencun ialah aku, Nazirul dan Asyraf Khairudden kerana diorang sume aim kat kitaorang. X de siapa berani nak baling kat Kayu kecuali aku tapi belon tu tak pecah dan aku yang basah ini dinamakan SENJATA MAKAN TUAN. Dah habis belon, tetiba Kayu jumpa pemetik api kat rumah aku lepas tu dia selongkar beg dia.....aku x tau dia nak buat apa.....bila dah jumpa, dia pegi kat luar pastu bakar dan lari mula-mula aku tertanya-tanya apa benda tu, nampak semua budak tutup telinga kecuali aku. BOOOOOM. Aku ni bodoh sangat sampai mercun pun aku x tau. Aku rasa bersalah sangat sebab mengganggu orang lain tgh berehat.
Dah habis tu lepak kat dalam rumah aku. Dah nak balik tu diorang ada bagi aku baju warrior x payah bayar sebab stok lebih. Tinggal la aku, Helmy dan Nazirul. Helmy nak balik pukul 4, Nazirul yang nak lepak kat rumah aku terpaksa balik kerana dia tumpang basikal aku. Kemudian, hantar Helmy balik kat Carrefour. Dah balik dengan keadaan yang letih dan penat. Cuba korang bayangkan dari Taman Soga ke Carrefour pastu balik semula. Fuhhhh!!!!! Penat tu.
Jadi niat nak berkumpul main bola terkubur begitu saja.............................