Friday, June 30, 2017

KEMBARA UTARA

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai sudah kita menyambut ketibaan bulan Syawal. Bulan kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan melawan nafsu. Hahaha, bernafsu sangat nak tulis entry ni. 😁. Yela walaupun ada orang kata " Rayakan sebulan " tapi kami berempat (KID, MISH, SERY dan EPAH) terpaksa kembali semula ke Perlis bagi meneruskan Latihan Penyelidikan kami di sini. Ini adalah sambungan daripada entry BALIK KAMPUNG kalau nak tau. Hanya sekadar bercerita dan berkongsi pengalaman.

Berbaki lagi 8 minggu untuk kami meneruskan hidup sebagai penyelidik di UniMaP ni. Semestinya ada antara kami berempat terutamanya KID yang mengalami tekanan. Tekanan kerja, stress, melayan kerenah institut atau sebagainya yang terpaksa ditempuhi sepanjang minggu berbaki ni. But life must go on. Stay positive. Kita kena hadapi hari-hari yang mendatang dengan penuh positif, dan produktif. Kalau asyik nak murung je, stress je, memang tak menjadilah hari kita. Kan?? kan?? kan???
(Nasihat untuk diri KID juga, senang sangat tension)

"Kenapa intern kat Perlis?"
"Awat jauh sangat?"
"Kenapa tak minta kat Batu Pahat je?"

Itu adalah soalan-soalan yang KID terima masa balik raya haritu. Hahaha. Ok jawapan bagi soalan-soalan tersebut ialah KID memang minta untuk menjalankan Latihan Penyelidikan di Perlis. Niat di hati memang nak merantau, nak merasa duduk bermastautin di tempat orang (walaupun dalam tempoh 3 bulan je). Dan memang dah lama KID niat nak keluar dari Johor (jangan risau, tetap bangsa Johor) untuk KID belajar suasana hidup di tempat lain. Belajar loghat penduduk setempat, belajar cara hidup orang sekeliling, belajar adab, geografi (tahu tempat-tempat menarik untuk dikunjungi), dan yang paling penting sekali KID belajar cara untuk survive. Ni semua jawapan KID la, kalau jawapan untuk lagi 3 orang tu KID tak tahu la kenapa mereka ikut KID sekali intern dekat Perlis ni.

"Kenapa tak intern dekat dengan rumah?"
Jawapannya sama seperti yang di atas. Lagipun KID sunyi kat rumah, tiada geng, tiada kawan, huhuhu. Lebih baik sunyi di tempat orang daripada sunyi di rumah sendiri. Bagi KID, KID tak suka walaupun orang kata dekat dengan rumah banyak kebaikannya. Antaranya ialah tempat tinggal pasti ada, makan minum tertanggung (mak masak kan?) dan banyak lagi la sebab keselesaan di rumah kan. Tapi bagi pandangan KID, KID tak suka kelebihan yang tersedia ada macam tu. Tapi tidak mengapa, pilihan masing-masing. Setiap keputusan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Bak kata pepatah, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu".

Berbalik kepada tajuk utama, KEMBARA UTARA, sebenarnya dah tak tau dah nak namakan trip KID kali ni. Hahahaha, dah tiada idea la katakan. Tujuan trip ni adalah untuk mengisi hari-hari minggu yang berbaki di Perlis ni. Dah alang-alang ada kat Utara ni, apa kata kita explore Utara ni, ye dak? Dan kembara Utara ni mungkin merangkumi negeri Perlis (semestinya), Kedah serta Pulau Pinang. Masih lagi dalam perancangan, trip ini akan dijalankan setiap hari Sabtu dan Ahad, bermula 1 July 2017. KID memang dah plan sejak dari isi borang permohonan lagi. "Alang-alang ke Perlis, mesti lalu banyak tempat ni", itulah tanggapan KID. Hell jyeahh!!! Berkemungkinan juga penutup bagi KEMBARA UTARA ni akan berakhir di Kelantan. Aikkk kenapa tiba-tiba Kelantan?

Hahahaha, ini semua perancangan je kan. Walaupun Kelantan bukanlah negeri Utara tapi In Sha Allah, dengan izin Allah, akan menamatkan kembara kami di Kelantan. Hal ini kerana penghujung kembara kami juga merupakan penghujung tempoh latihan kami di UniMaP. Kami akan pulang ke teratak masing-masing setelah tamat tempoh latihan (30 Ogos). Dan kami menghantar EPAH di Gua Musang sebelum pulang ke Johor. Secara kebetulan, raya haji jatuh pada tanggal 1 September 2017.

"Alang-alang hantar EPAH, apa kata kita raya kat Kelantan?",
"Alang-alang da kat Kelantan tu, jom balik Johor lalu pantai timur, singgah Terengganu ke Pahang ke".
Idea jalan-jalan ni memang bermula dengan 'alang-alang', 'apa kata', 'kalau'...hahahaha... In Sha Allah.
Kesimpulannya, nantikan entry baru untuk minggu-minggu yang akan datang. Ke mana destinasi kami? Apa kami buat? Tunggu~~~ Wassalam.


Sunday, June 25, 2017

Balik Kampung

"Ok, baju dah siap. Bateri fon dah penuh. Powerbank ada kat sini, Apa lagi ek yang tak siap lagi?"............

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"KID!!! Kita balik Khamis malam. Confirmed!" MISH menegur KID melalui group whatsapp.
"Korang dapat cuti ke Jumaat ni? Aku tak kesah je, sebab kita tumpang SERY kan?" jawab KID.
"Sep yo! kito nok apply cuti gano?" EPAH mencelah dengan loghat Klate-nya (sep kito jange pecoh).
"Tanya SV dio la macam mana. Sama ada dapat pelepasan ke atau kena mintak cuti." MISH menjawab.

Maka berlarut la perbincangan untuk balik raya di dalam group whatsapp tersebut. EPAH menghadapi masalah untuk balik ke Kelantan kerana tiket bas di kaunter sudah pun habis dijual. Di Kangar, di Changlun, malah tiket kereta api di Arau juga sudah habis.

"EPAH, mu tinggal sini deh. Mu rayo sini dengan foreigner... Klu LIZ ado sini nim bahagio dio. Foreigner kea taste sekye...hahahaha" seloroh KID
"Tokse tokse, nok kelik gop..." EPAH membalas, mungkin dengan emosi yang agak kecewa memikirkan cara untuk pulang beraya di kampung.

EPAH tinggal di Gua Musang, Kelantan manakala KID, MISH dan SERY akan pulang ke Johor. (Bangsa Johor)
Pada awalnya hampir buntu, namun menemui penyelesaian akhirnya. 

"Plannya macam ni, kita gerak Khamis malam tu, lepas tu kita turun KL dulu hantar EPAH, then baru kita ke Johor. Ok?" kata SERY yang memastikan perancangan perjalanan.
"Hom, nati kat KL tu ore kelik Klate denge pok sedaro ore naik keto" ujar EPAH.
"Aku ok je, ikut korang macam mana sebab aku dapat cuti awal sehari dari korang." balas KID
"SERY nanti Khamis pagi tu bagi aku pegang kereta, biar aku servis sikit. Nak jalan jauh kan." tambah KID lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Awak balik bila KID?" ujar DR. KADRI secara tiba-tiba menyebabkan kekhusyukkan KID di alam coding kembali ke realiti.
DR. KADRI merupakan penyelia KID di Perlis ni, pakar dalam bahagian Operation Research. KID pada awalnya pasrah kerana KID daripada bahagian Analisis dan Aljabar. (bukannya power pun bab coding nih)

"Oh, saya tak tahu. Saya hanya follow plan kawan saya je Dr sebab saya ni menumpang...hehe"  balas KID.
"Saya dah mula cuti Khamis ni. Kalau awak nak balik,  boleh dah. Khamis ni tak payah datang makmal. And saya balik sini semula Jumaat depannya, maknanya saya cuti seminggu." kata DR. KADRI lagi.

Betapa berbunganya hati KID bila mendengar berita gembira seperti itu. Mana tidaknya, hanya KID sahaja dapat pelepasan cuti seminggu. Begitu juga dengan SERY tetapi MISH dan EPAH tidak dapat diberi pelepasan, jadi mereka hanya cuti untuk 2 hari sahaja.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jam telah menunjukkan tepat pukul 9 malam.

I pack my bags and say goodbye to my wife for what seems like a millionth time,
They said it gets easier but they lied. She looks at me and says, " Really baby, I will be just fine,"
But then she looks away so I don't have to see her cry ~~~~~~~~

Kedengaran lagu Miles Away nyanyian Matt Mullins dan Kellin Quin. Tiada lagu raya dimainkan dalam fon KID. Hal ini kerana KID tak menggemari lagu-lagu raya. Jiwa KID jiwa metal..hahaha...(In Allah, We trust; In metal, We blast).

"Ok, baju dah siap. Bateri fon dah penuh. Powerbank ada kat sini, Apa lagi ek yang tak siap lagi?" monolog KID tergesa-gesa mengemas barang yang hendak dibawa bersama untuk pulang ke kampung halaman sambil asyik mendengar lagu. Mana tidaknya tergesa-gesa, membuat Latihan Penyelidikan di Perlis, kampungnya di Johor. Hari Raya Aidilfitri hanya tinggal lagi 3 hari sahaja lagi. Tambahan pula menumpang kereta SERY. Terpaksalah KID menjadi pemandu tambahan nanti. Mental dan fizikal perlu bersedia kerana KID tidak pernah memandu sejauh ini. 

Holding on ~~~ Why is everything so heavy?~~~
I keep dragging around whats bringing me down if I just let go I'll be set free ~~~~~~~

Lagu Heavy pula ke udara, khusyuk KID mendengar sambil mengemas. Hampir setiap bait lirik lagu itu sudah dihafal oleh KID, di mana lagu itu dinyanyikan oleh Linkin Park, kumpulan kegemarannya. Segala persiapan sudah selesai, kini KID menunggu ketibaan SERY menjemputnya dari blok kolej kediaman. Jam pula menunjukkan pukul 9.30 malam.

"Eh mana ni budak-budak ni.. Dah nak pukul 10 ni.. Kang dah ngantuk nanti kang.."

"..ni lah dia tunggu budak perempuan bersiap..aku jugak yang melangut kat sini.." rungut KID sendirian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Weyhhh KID, jom jom!!!" jerit SERY dari tingkap keretanya. SERY datang bersama MISH dan EPAH.
"Eleyh.. Kau dah lambat nak suruh aku cepat pula.." sindir KID.
"Kau nak drive ke....." belum sempat KID menanyakan soalan dengan pantas serta tuntas SERY menjawab "Kau drive la KID."

Maka bermulalah perjalanan kami berempat untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. EPAH di Gua Musang, KID di Batu Pahat, manakala MISH di Kota Tinggi dan SERY pula di Pasir Gudang. Semoga kami selamat sampai di destinasi yang ditetapkan. In Shaa Allah.

Bismillahirrahmanirrahim...........

Wednesday, June 21, 2017

2017

Assalamualaikum.

TAHUN 2017. Setelah sekian lama KID menghilang (tiadalah lama mana pun- 6 tahun je-) dengan meninggalkan entry terakhir pada Oktober 2011. Kini KID kembali, bukan dengan wajah baru, tetapi dengan semangat baru, cerita baru, watak baru, perangai masih lagi samalah. Entah macam mana dan bagaimana boleh terdetik untuk melihat kembali blogspot ini. Mungkin KID terlampau bosan, hampir setiap hari menghadap coding.

Oh ye, untuk pengetahuan, sekarang KID berada di Perlis, sedang menjalani Latihan Penyelidikan di Institut Matematik Kejuruteraan. Latihan ini dijalankan selama 3 bulan sahaja. Bila baca semula entry-entry lama, Ya Allah, mengucap panjang KID. Hahaha. Betapa kebudak-budakan penulisannya itu aduyainyepun 😂. Nak buat macam mana, masa tu kira macam budak baru nak up la kan. Umur budak sekolah tingkatan 2 la katakan. Haishhh malu.

Malu pun malu juga, apakan daya masa tidak akan kembali. Ada satu entry ni yang membuatkan KID rindu sangat zaman persekolahan KID. Entry yang bertajuk KAMI??? ATAU KITA???. Dari entry itulah terdetik untuk KID mula kembali bermain blog ni. Entry tu mengisahkan tentang pengalaman KID dalam satu kadet. Dari situ KID tau pengalaman sangat berharga, bak kata pepatah " Jauh perjalanan, luas pemandangan ". Tapi apa kaitannya pengalaman dengan perjalanan???

Okeyh, motif KID tulis entry baru ni mungkin untuk hidupkan kembali blog ni. Mungkin KID akan update tetapi tak kerap la. Dan mungkin juga blog ni KID akan jadikan sebagai travelog. Hahahaha. (Apa yang kelakarnya?). Macam mana ek nak bercerita dalam travelog ni ek? (Hadui noob betul). So entry-entry baru ni akan dikeluarkan secara berjadual, maksudnya jika enrty ni keluar harini, tak bermakna KID tulis harini. Mungkin dah rangka lama dah.

Dah alang-alang KID suka berjalan dan sekarang ni ada di Perlis, mungkin tak lama lagi KID akan tulis entry pasal Perlis? Mungkin. Tengok kerajinan lah ye. Sebab sebelum-sebelum ni banyak dah tempat KID pergi tetapi tidak disimpan ceritanya dan pengalamannya. Hanya berbekalkan gambar sahaja. Kadang kita ni, manusia bukannya ingat semua benda. Begitu juga dengan gambar, KID kadang-kadang tak ingat cerita yang menarik terjadi disebalik gambar tersebut. Daripada itu, adalah lebih baik KID simpan kenangan dan pengalaman KID melalui gambar dan juga entry.

Cara penulisan KID juga akan diubah, tak nak dah macam budak-budak ( In Shaa Allah ). Doakan KID lebih matang hendaknya. KID tidak akan buang entry-entry lama tu, biarlah sebagai pengajaran dan peringatan bahawa KID dulu bukanlah bijak sangatttt.. Hahahaha.......
Anggap entry terbaru ni adalah permulaan daripada KID yang sekarang. Masih lagi orang yang sama, In Shaa Allah pemikiran yang berbeza. kot la,,,

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Kepada sesiapa yang mengenali diri ini, KID memohon ampun dan maaf kerana sesungguhnya KID hanyalah manusia biasa. Tidak sempurna, sering melakukan kesilapan. Wassalam.

Follow Me.............hahahaa