Monday, November 23, 2009

Best Day Ever

Hari Sabtu adalah hari yang paling best bagi aku kerana aku rasa macam-macam benda aku buat dengan keluarga aku.

Perkara pertama
Aku duduk kat rumah buat benda-benda yang membosankan....x tau nak buat apa......Aku ingat x de pergi jalan-jalan ke, pergi rumah nenek aku ke, balik kampung ke ini x dah lah sarapan pukul 1 baik x payah sarapan minum petang je lagi bagus. Mak aku masa cuti ni la nak basuh baju, masa untuk kemaskan rumah yang bersepah macam padang jarak padang tekukur. Lepas mak aku basuh kain, aku la yang kena sidai. Dah habis sidai baju, apa lagi main rubik cube la...kata dah master......

Perkara kedua
Tengah best main rubik cube, keluarga aku pulak ajak keluar pegi carrefour. Cuba korang bayangkan dari pagi sampai petang, pukul 4 baru ajak keluar pegi jalan-jalan tapi daripada x keluar rumah langsung. Pegi carrefour aku ada kerja aku yang tersendiri, korang nak tau apa????? Kerja aku ialah letakkan troli di tempat asal nanti aku dapat 20 sen. Kali ni aku buat kerja tu dapat 40 sen. Minggu lepas dapat RM1.20, walaupun 20 sen tapi kalau kutip banyak-banyak kau fikir la sendiri bak kata pepatah SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT. X nak la aku duit 20 sen penat-penat kumpul jadi bukit biarlah jadi duit. Benda ni dah menghilangkan sikit kebosanan aku.

Perkara ketiga
Dah masuk carrefour, mak aku nak cari pasir untuk kucing aku. Dalam carrefour tu pulak ada promosi jualan barang-barang sekolah. Dah ambik pasir terus pegi tempat promosi tu (padahal tempat haiwan dengan tempat promosi sebelah je). Aku cari pensel mekanik(Mechanical Pencil), adik aku pulak dapat kotak pensel, Mak aku ambik pensel buat stok untuk kat rumah sebab adik aku setiap pagi sebelum pegi sekolah selalu ambik 2 batang pensel mana x cepat habis. Kiranya adik aku ni kalau bagi barang kat dia mesti ada yang hilang atau rosak. X tau nak hargai sesuatu benda yang orang bagi. Kebosanan aku datang balik sebab menunggu mak aku yang tengah menunggu buah anggur yang fresh. Kaki aku dah penat berdiri terpaksa la cangkung tapi kena juga Aku tunggu kat tepi macam menunggu ayam jantan bertelur. Anggur fresh dah sampai apa lagi terus pegi counter, diorang yang bayar aku pegi cari kerusi nak duduk. Alang-alang kat carrefour pegi la square one nak cari rubik cube. Budak-budak cakap kat square one banyak benda tu. Cari-cari x de apalagi balik aaah. Tengah jalan menuju ke kereta, tetiba mak ngan ayah aku berhenti kat satu tempat. Aku tanya "Tengok apa?".

Perkara keempat
Dah letak semua barang-barang kat dalam kereta masuk balik dalam carrefour. Rupenye Diorang nak tengok wayang cite Senario The Movie:Episode 2 The Beach Boyz. Tapi x kan tunggu wayang tu start. Start pukul 7.15 masa tu pukul 6 sembahyang asar la dulu. Dalam perjalanan ke surau aku terserempak dengan Nazmie dengan ayahnya. Apa lagi salam la. Dah habis sembahyang Asar tunggu mak aku...tunggu lagi....semasa menunggu aku ngan ayah aku pegi perintis. Dah sampai perintis, teringat pulak Helmy cakap rubik cube banyak kat dalam perintis. Cari-cari jumpa, tetiba mak aku telepon dia cakap x tunggu Maghrib ke sebelum pegi tengok wayang. Ayah aku tanya "bila masuk waktu Maghrib?" aku cakap pukul 7 lebih, dia terus pegi Square One pastu tanya lagi "tempat wayang kat atas sekali eah?"

Perkara kelima
Ayah aku cakap dia pegi beli tiket dulu lepas tu pegi sembahyang Maghrib lepas tu tunggu mak aku lepas tu terus pegi tengok wayang. Dah lepas sembahyang Maghrib, sementara menunggu mak aku ngan adik aku pegi balik tengok rubik cube kat perintis. Mak aku dah siap apa semua terus pegi tengok wayang, ayah aku pulak tersangkut kat tengah jalan sebab jumpa kawan dia, aku pun tersangkut sebab jumpa Hadi. Mak aku cakap "Cepat la mana ayah kau ni lagi beberapa minit je lagi" lepas tu dia suruh call ayah aku. X payah call aku nampak ayah aku tgh lari tapi ikut jalan lain dia ingat aku x nampak aku terus ikut dia. Ayah aku tanya lagi "Bonda tau x yang kita dah beli tiket" aku cakap x. Aku ingat mak aku tau yang ayah aku dah beli tiket tu yang dia terkejar-kejar. Dah sampai tu cari tempat duduk, dah duduk tu tengok la cite senArio.

Perkara keenam
Dah habis tengok wayang, pegi perintis terus beli rubik cube. Keluar carrefour mak aku ajak makan kat Restoran Nasi Ayam Gemas dah lapar sangat. Ayah aku cakap cite senario kali ni x best sangat. Penat tu dari petang sampai malam tu kat carrefour. Memang best. Aku x kesah asalkan dapat rubik cube yang baru. Balik terus tidur, x kan terus tidur tukar baju ar dulu baru boleh tidur. X, x boleh lagi, sembahyang Isyak dulu baru boleh tidur. Zzzzzzz.....zzzz...zzz........!#%#!$&#@$#&@%(&%&$^#%#

Follow Me.............hahahaa