Tuesday, September 7, 2010

Gambar yang menarik untuk otak yang kreatif

Korang semua boleh tidur lena tak kalau korang duduk kat hotel ke? Kat rumah banglo ke? Kat kondominium ke? Aku rasa sebahagian daripada korang boleh tidur nyenyak kan????
Tapi korang boleh tidur x kalau rumah korang cam gambar kat bawah ni......

Tarik nafas dalam-dalam dan hayatilah......


1.
[]
---Pergh...tapak bawah rumah ni dah la kecik...kalau runtuh ni macam mana la penduduk rumah ni...lagi satu kebaikan rumah ni ialah kalau tak nak ada tetamu/pelawat yang datang cabut je kereta kabel tu (kat dalam gambar)---


2.
[]
---Cantik...x ada apa-apa nak komen---


3.

[]
---Aaaaha...bahaya betulll...adakah anda akan panik jika terdengar bunyi pokok yang dah nak tumbang???---

4.
[]
---Ok la boleh tahan...tapi macam mana diorang letak kereta kat dalam rumah tu---


5.

[]
---x terfikir ke diorang yang batu gak boleh terhakis....lg satu kalau penat baru balik dari kerja kena panjat tangga lak tu---


6.
[]
---rumah ni dah biasa bagi diorang kat luar negara---

7.
[]

---rumah ni x sesuai kalau musim tengkujuh---

8.
[]
---baik cakap pasal pemanasan global yang berlaku sekarang ni---


ORE SANJOU!!!!!!!!

Suratan atau Kebetulan

Suratan atau Kebetulan.....ceh dah macam tajuk lagu dah.....tapi hari ni aq bukan nak masukkan lirik lagu.....ini pasal isu iklan bersempena hari raya aidilfitri yg kat tv3 sekarang ni.....erm.....aq tak pandai tulis banyak so aq copy and paste dr e-mail aq ni.....tapi tulah yg berlaku sekarang ni.....dengar cter iklan tu dah kena tarik balik sebab aq tgk kat tv sekali je lepas tu tak ditunjukkan lagi.....nanti kat bawah ni aq letak video iklan tu yang aq ambil dari mana ntah.....lepas video tu nanti aq akan letak penerangan yang aq ambil dr e-mail aq.....






Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.

Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?
Baca lagi untuk huraian yang panjang lebar.

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran



Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai muka surat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas – Simbol Paganism


Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.



Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..
Artikel@Kalamul Haqq.

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120).

Aq cam tak percaya.....macam yang ditulis di atas.....Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Atau memang dirancang? Apa-apa pun itu saja untuk hari ini.....Ilmu,Iman,Amal.....tu motto K.R.S.....tukar la sikit....."Kalau ada ilmu tetapi tiada iman, macam mana nak beramal".....chow.....


Follow Me.............hahahaa