Assalamualaikum
Alhamdulillah selesai sudah kita menyambut ketibaan bulan Syawal. Bulan kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan melawan nafsu. Hahaha, bernafsu sangat nak tulis entry ni. 😁. Yela walaupun ada orang kata " Rayakan sebulan " tapi kami berempat (KID, MISH, SERY dan EPAH) terpaksa kembali semula ke Perlis bagi meneruskan Latihan Penyelidikan kami di sini. Ini adalah sambungan daripada entry BALIK KAMPUNG kalau nak tau. Hanya sekadar bercerita dan berkongsi pengalaman.
Berbaki lagi 8 minggu untuk kami meneruskan hidup sebagai penyelidik di UniMaP ni. Semestinya ada antara kami berempat terutamanya KID yang mengalami tekanan. Tekanan kerja, stress, melayan kerenah institut atau sebagainya yang terpaksa ditempuhi sepanjang minggu berbaki ni. But life must go on. Stay positive. Kita kena hadapi hari-hari yang mendatang dengan penuh positif, dan produktif. Kalau asyik nak murung je, stress je, memang tak menjadilah hari kita. Kan?? kan?? kan???
(Nasihat untuk diri KID juga, senang sangat tension)
"Kenapa intern kat Perlis?"
"Awat jauh sangat?"
"Kenapa tak minta kat Batu Pahat je?"
Itu adalah soalan-soalan yang KID terima masa balik raya haritu. Hahaha. Ok jawapan bagi soalan-soalan tersebut ialah KID memang minta untuk menjalankan Latihan Penyelidikan di Perlis. Niat di hati memang nak merantau, nak merasa duduk bermastautin di tempat orang (walaupun dalam tempoh 3 bulan je). Dan memang dah lama KID niat nak keluar dari Johor (jangan risau, tetap bangsa Johor) untuk KID belajar suasana hidup di tempat lain. Belajar loghat penduduk setempat, belajar cara hidup orang sekeliling, belajar adab, geografi (tahu tempat-tempat menarik untuk dikunjungi), dan yang paling penting sekali KID belajar cara untuk survive. Ni semua jawapan KID la, kalau jawapan untuk lagi 3 orang tu KID tak tahu la kenapa mereka ikut KID sekali intern dekat Perlis ni.
"Kenapa tak intern dekat dengan rumah?"
Jawapannya sama seperti yang di atas. Lagipun KID sunyi kat rumah, tiada geng, tiada kawan, huhuhu. Lebih baik sunyi di tempat orang daripada sunyi di rumah sendiri. Bagi KID, KID tak suka walaupun orang kata dekat dengan rumah banyak kebaikannya. Antaranya ialah tempat tinggal pasti ada, makan minum tertanggung (mak masak kan?) dan banyak lagi la sebab keselesaan di rumah kan. Tapi bagi pandangan KID, KID tak suka kelebihan yang tersedia ada macam tu. Tapi tidak mengapa, pilihan masing-masing. Setiap keputusan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Bak kata pepatah, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu".
Berbalik kepada tajuk utama, KEMBARA UTARA, sebenarnya dah tak tau dah nak namakan trip KID kali ni. Hahahaha, dah tiada idea la katakan. Tujuan trip ni adalah untuk mengisi hari-hari minggu yang berbaki di Perlis ni. Dah alang-alang ada kat Utara ni, apa kata kita explore Utara ni, ye dak? Dan kembara Utara ni mungkin merangkumi negeri Perlis (semestinya), Kedah serta Pulau Pinang. Masih lagi dalam perancangan, trip ini akan dijalankan setiap hari Sabtu dan Ahad, bermula 1 July 2017. KID memang dah plan sejak dari isi borang permohonan lagi. "Alang-alang ke Perlis, mesti lalu banyak tempat ni", itulah tanggapan KID. Hell jyeahh!!! Berkemungkinan juga penutup bagi KEMBARA UTARA ni akan berakhir di Kelantan. Aikkk kenapa tiba-tiba Kelantan?
Hahahaha, ini semua perancangan je kan. Walaupun Kelantan bukanlah negeri Utara tapi In Sha Allah, dengan izin Allah, akan menamatkan kembara kami di Kelantan. Hal ini kerana penghujung kembara kami juga merupakan penghujung tempoh latihan kami di UniMaP. Kami akan pulang ke teratak masing-masing setelah tamat tempoh latihan (30 Ogos). Dan kami menghantar EPAH di Gua Musang sebelum pulang ke Johor. Secara kebetulan, raya haji jatuh pada tanggal 1 September 2017.
"Alang-alang hantar EPAH, apa kata kita raya kat Kelantan?",
"Alang-alang da kat Kelantan tu, jom balik Johor lalu pantai timur, singgah Terengganu ke Pahang ke".
Idea jalan-jalan ni memang bermula dengan 'alang-alang', 'apa kata', 'kalau'...hahahaha... In Sha Allah.
Kesimpulannya, nantikan entry baru untuk minggu-minggu yang akan datang. Ke mana destinasi kami? Apa kami buat? Tunggu~~~ Wassalam.