Saturday, March 5, 2011

Disangkakan Buaya tetapi Pencinta.......(110213)

Chapter1

Waktu awal pagi, sebelum waktu Subuh, suasana yang sunyi menyelubungi. Angin kuat bertiup kencang membuatkan keadaan bertambah sejuk. Jam loceng telah berbunyi. Kid bangun lalu terus melihat ke arah jam. Jam telah menunjukkan pukul 4.30 pagi. "Alah lama lagi nak pukul 6. Sambung tidur lagi best" bisik hati kecil Kid. Apa lagi, Kid menarik selimutnya dan terus memejamkan mata. Dengan keadaan yang sejuk ditambah pula dengan angin kipas yang berputar laju. Kid terlena dibuai mimpi...

'''" Kak Alia.......Kid tak tahu akak menganggap Kid sebagai siapa. Cuma sejak kebelakangan ni, Kid rasa tidak tenteram. Kid mula menaruh perasaan kat akak. Perasaan sayang ini telah berputik di hati Kid. Namun sesungguhnya, Kid malu nak menyatakan apa-apa kat akak. Kawan Kid ada berkata "kalau kau lambat, kau merana Kid. Aku dah tak boleh tolong apa lagi." Kawan Kid suruh Kid ajak akak jadi TTM (teman tapi mesra) Kid. Kid tak tahu nak buat apa. Buntu membelenggu. Patut ke Kid ikut nasihat kawan Kid. Tapi Kid tak mahu mengganggu akak yang tahun ni akan menjalani peperiksaan SPM. Apa-apa pun Kid nak cakap yang Kid......................................."''

Pap.... Pintu bilik ibu Kid telah ibunya buka untuk melihat Kid. "Bangun..bangun.." kata ibu Kid. Kid pada ketika itu berada di ruang tamu, berdekatan dengan televisyen, terjaga. "Alamak, kacau la. Baru nak habiskan ayat dah lesap". Kid selalu tidur di ruang tamu dan tidak pernah tidur di biliknya. Kid serta-merta melihat jam. 6.30 pagi. "Oh tidak. Lagi setengah jam saja lagi nak pukul 7". Kid bangun lalu ke biliknya untuk mengambil tuala dan terus ke bilik air.

*******

Setelah bersiap-siap, Kid menunaikan solat Subuh. Kemudian, dia membuka rantai basikal dan menunggu ibunya di luar. "Lagi 5 minit je lagi ni. Mana ibu ni?" keluh Kid yang sudah kelewatan.
Setelah besalaman, Kid mencium pipi ibunya sebelum begerak ke sekolah. "Bu, Kid pergi dulu." kata Kid yang terkejar-kejar. "Belajar rajin-rajin. Makan masa rehat nanti. Jangan tak makan" balas ibunya. Nasib baik rumah Kid berdekatan dengan sekolah. Setibanya Kid di sekolah, ingatkan Kid dah lambat. Rupanya tidak. Tiada kelibat Mr. Sarjit di pintu masuk utama. Selalunya dia dah tunggu budak-budak yang datang lambat. Yang Kid nampak cuma pengawal sekolah yang berada di pondok. Jam tangan Kid menunjukkan pukul 7. Tetapi kenapa masih kurang je orang kat sekolah ni. Kid menuntun basikalnya setelah masuk ke kawasan sekolah. Kid meletakkan basikalnya di tempat yang disediakan. Kid tertanya-tanya.
"Ouh siot je r. Jam ni cepat 11 minit. Memang la senyap je." Sementara menunggu perhimpunan, Kid dan yang lain duduk di dewan kerana hari ini hari orientasi tingkatan 4. Tengah leka Kid duduk, Kid kembali ke alam khayalannya. Tetapi bukan tidur tau. Takkan asyik tidur je. Ni masa ni Kid tengah berangan........

"""Kid menunggu kak Alia di laman web Facebook. Dari petang hingga malam Kid tunggu. Namun kak Alia masih tidak muncul. Kawan Kid, Amar, sudah pun kebosanan melayan kerenah Kid yang kebudak-budakan. Tetapi demi kak Alia, Kid sanggup tunggu. Kid sanggup tunggu sampai bila-bila. Entah bagaimana keadaan akak di sana. Adakah akak dalam kesakitan dan cuba menyembunyikannya daripada pengetahuan Kid? Kid sedia mendengar cerita akak. Namun apakan daya, Kid berada di Selatan dan akak berada di Utara. Salah satu cara Kid berhubung dengan akak ialah melalui laman web sosial, Facebook. '''"

Thursday, March 3, 2011

Lirik Lagu Journey Through The Decade




Gackt - Journey Through The Decade

miageru hoshi sorezore no rekishi ga kagayaite
seiza no you sen de musubu hajimaru legend
aurora yurameku jikuu wo koete
tobikomu meisou suru Parallel world

On the road dare mo tabi no tochuu honto no jibunjishin deau tame
arukitsuzukeru no sa ima wo We are all travellers
boku no me no mae ni hirogaru kokonotsu michi wa itsuka kasanatte
atarashii yoake e to tsuzuku michi ni kawaru no darou
mokugekise yo Journey through the decade

rensu goshi ni kiritotta keshiki wo mitsumete mo
shinjutsu to wa kokoro no me no naka ni utsuru mono sa
dokoka de tatakai no maku ga aki
boku to iu genjitsu sarou Halation

On the road tabi ni deru riyuu wa sekai ga horobiru mirai kawaru tame
motto tsuyoku yume wo idake We are all dreamers
boku no unmei wa kanarazu juudome ni tachi agatta sono toki ni
atarashii kaze wo torinukete michi ga hiraku no darou
mokugekise yo Journey through the decade

jibun ga shunkan goto ni ketsudan suru sono subete de
mirai wa risou ni mo zetsubou ni mo kawatte yuku
dakara kitto shinjita michi hashire

On the road dare mo tabi no tochuu honto no jibunjishin deau tame
arukitsuzukeru no sa ima wo We are all travellers
boku no me no mae ni hirogaru kokonotsu michi wa itsuka kasanatte
atarashii yoake e to tsuzuku michi ni kawaru no darou
mokugekise yo Journey through the decade

-Wajah Baru-

Yeah. Blog yang sudah lama terbengkalai sudah dikemaskini. Terima kasih kepada Amai kerana membantu adik. Haha. Best...best...so harap-harap adik ada idea untuk update blog ni. Berlatar belakangkan gambar malar segar....ewah..hahah.. Susun sana susun sini. Huh. Tapi adik masih tak puas hati lagi. Adik akan cuba perbaiki apa yang kurang. Harap-harap begitulah. Hari ni kita santai-santai. Tak perlu tesion jek kejenya. Relax-relax. Urmmm. Fikirkan apalah agaknya yek. Hah dah dapat. Oleh kerana blog ini berwajah baru, kita mulakan semula seperti baru berjumpa.

HAI!!!!!

hahaha..
Korang ley panggil saya ADIK. Tahun ni adik berada di tingkatan 4 Sandalwood. Tahun lepas semasa tingkatan 3, adik berada dalam kelas 3 Aloes. Tahun ni merupakan tahun yang sangat sibuk. Mungkin dengan aktiviti sekolahnya yang padat walaupun balik sekolah lebih awal. Kiranya hari Sabtu dan Ahad adik tak berada di rumah. Mesti keluar jalan-jalan. Tak sah kalau tak keluar, sebab ikut keluarga. Adik dah letih nak ke sana ke sini. Tahun ni banyak juga la aktiviti yang adik sertai. Nak adik senaraikan??? Boleh juga...apa salahnya..haha..

  1. Bulan Mac ni adik ikut sekolah pergi mendaki Gunung Stong...
  2. Lepas ada pertandingan kawad kaki pulak...
  3. Selepas peperiksaan pertengahan tahun, sekolah menganjurkan aktiviti Kembara Berbasikal mengelilingi Johor...
  4. hah aktiviti ni rahsia...hahahaha

Hah macam mana best tak aktiviti yang akan dijalankan. Walaupun lama lagi hendak berlangsung, tapi persiapan siapa yang buat??. Siapa lagi kalau bukan adik dan ketua adik, Kayu.
Persiapan ke Gunung Stong sudah hampir selesai. Masih mencari penaja untuk menaja kos perbelanjaan ke sana. Persediaan Gunung Stong habis cerita. Macam pulak dengan Kembara Berbasikal???...

Adik dengan Kayu juga bertanggungjawab melakukan semua persediaan. Mana tak penat. Nak kena betulkan basikal lagi, nak cat, nak spray, itu dan ini. Nanti budak-budak lain juga nak guna. Bukan nak tolong ke apa. Haish. Sabo jela.

Anyway, adik berasa puas hati hari ni. Dan....... (nak buat penutup pun tak tau)....hahaha...
Ok la cukup sampai di sini untuk hari ini.

Assalmualaikum.......

-Blank-

Salam....adik dah kembali...haha. Adik mengaku yang sebenarnye x pandai design blog ni. Sebab adik tak berapa minat sangat menulis atau pun membaca. Haha. Tak ada idea nak tulis apa. Tulah adik punya background gelap aje kan. Nampak macam muram. Tapi sekarang ni, terdetik kat hati adik nak update, kemaskinikan blog ni. Haish tapi tak tahu nak mula dari mana. Buntu.

Oleh kerana adik minat sangat kat Masked rider, adik nak letak mv lgu Masked rider lah. Hahaha. Kawan adik da bosan rasanya tu. Asyik-asyik masked rider.

http://www.youtube.com/watch?v=pdAuiyyIOik&feature=related


ok x. hahaha. Kenapa tak de kotak ek>??... Tak pe lah, adik bkn nye pandai sangat.

Follow Me.............hahahaa