Saturday, October 1, 2011

Pada hari rabu 2 minggu yang lepas lepas (hahaha), ramai bdak form4 pergi ke JB.............nak tau dyeorg wat pe???? meyh la bce entry aq ni smpai abs..........hahhahahaha.....jap nak tgk kalender jap tarikh hari tu ble.......
hahh da dpt.......


Pada 21 september yg lalu..............




Yeahh man...thiss is that i want to talk about.......this activities called Abseiling.......also as known as Repelling.........
cehhh speaking........ni la aktiviti yg kteorg wat kat pusat kokurikulum JPNJ (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) yg terletak berdekatan dgn Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara di JB....(betol ke ntah tidak nme skola tu, main tulis je)
sebelum bergerak ke sana, mesti kena rancang dlu....mntk persetujuan dgn pihak pusat koku untuk melakukan aktiviti ni.....org yg bertanggungjawab melakukan kertas kerja ni ialah Muhammad. Tapi malangnya, dia x dapat ikut serta kerana wang tidak mencukupi setelah berusaha membuat kertas kerja....kesiann....aq ingat nak pnjam kan duit aq kat dye tp duit aq pun ckup2 mkn je.....

Pada pagi rabu tu, lepas rehat, kteorg da kumpul dlu kat belakang dewan terutama skali dak Corrupted....dyeorg skip class fizik tp lepak kat kelas yg tgh kosong....hahaha.....aq pun lyn skali....


dah tu ckgu yg mengiringi perjalanan bdak2 ni pun smpai....kutip sume borang kebenaran dr kteorg....
Sementara nak tunggu pemandu smpai, pelajar2 yg nak pergi pun x ckup lgi sbb ada guru yg mengajar x lepas kan mereka keluar kelas, Kami pun duduk lepak2 kat bwah pondok, malah ada juga yg x sabar da msuk dalam bas..x tau panas ke apa...enjin pun lum hidup kan lgi...hahaha
bergambar sana-sini....

selepas 30 minit kemudian....
semua da cukup...driver bas da sampai....apa lagi naik r....
Maka bermulalah perjalanan kteorg ke JPN, JB. Tapi kan aq mula rasa pelik setelah satu jam bergerak, kteorg bru smpai Parit Raja....x ke pelik nmenye tu...haish....rupe-rupenye gear bas tu rosak, so driver bas tu terpaksa tebal muka bawak gne gear 1 je.....

Bila da smpai Parit Raja tu, driver ada membuat pertukaran bas.....dlm bas yg kedua ni bdak2 da mula lepak dan tidur. Tapi aq dgn Kern x tido sebab kteorg da tdu dlu mse kat dlm bas pertama tdi...hahah.....so snap la skit bdak2 tido...hahah JAHAT...

semasa pertukaran bas...


Kteorg smpai dlm pkul 3 lebih....belum buat apa2 lagi da penat....haha...yela cube korang bayangkan bertolak dlm pkul 11.30 smpai JB pkul 3.....berapa jam seyh dok kat dlm bas tu......
setelah sampai kteorg diarahkan berkumpul mcm dlm kawad tu.....geeezz


Disini kteorg diberi penerangan, ciri2 keselamatan, berkenalan dgn faci....
KESELAMATAN DIUTAMAKAN. Itulah yang ditegaskan oleh faci.

1. Keselamatan Diutamakan
2. Utamakan Keselamatan
3. Safety First

Hal ini kerana aktiviti abseiling ini berbahaya jika tidak dilakukan di bawah pengawasan pihak-pihak yang berwajib.....silap hari bulan boleh hilang nyawa....x ley wat main2....hissshhhh...
Kemudian faci tunjuk demo mcm mana nak turun dari ketinggian anggaran 3 tingkat. Tinggi woooo....gayat makk....
Seorang demi seorang mencuba. Masa kat atas menggigil la apa la itu la ini la.....tapi bila da sampai bawah..fuhhh lega....mcm nak cuba lgi...hahaha



lepas selesai aktiviti, kteorg solat asar jap kat surau JPN...open seyh surau dye....xde dinding...fuyoo cantik r gak....
Aq mse nak balik tu tinggal aq dgn Kern je, MFH, Mr. Arrogant, Don, E-one ntah ke mana menghilang......hahaha
pastu singgah makan dkt Skudai kot....rasenye r.....fuhhh da kebulur...lapooo...


da abs mkn .....kteorg pun on the way nak blik......lepak dlm bas, bergambar, dgr lagu, ada yg berkaraoke...haha mcm2 r
sebelum tu...kteorg sempat lgi nyanyi lgu Najwa Latiff - Cinta Muka Buku yg tiba2 jek kuar kat radio...pe lgi bdak2 wat haruk r nyanyi lgu tu....dalam pada itu, ada gak yg sempat merakam perbuatan dyeorang termasuk aq.....hahaha




hahah tgk r ni....sori r sbb sistem audio nye kurang baik.....kat dlm bas r kata kan....
ini menunjukkan yg kteorg mmg seronok gler pada hari itu walaupun da penat melakukan aktiviti abseiling ataupun repelling.......
Kteorg tiba di sekolah pada pkul 9 dengan selamat nye......bdan pun da letih trus je blik umah, x lepak jap pun dgn bdak Corrupted...


....Enjoyyyy!!!!!


Saturday, September 10, 2011

Pengenalan kepada Drum Tab 2

Opssss sori sori........ada lagi maklumat yg aq tertinggal............ttbe nak ternmpk lak tanda 'xH' dgn 'oH'.......trus sangkut.......rupenye ada lagi......hehehe..........my mistake.........aq x bce abs lgi..........ok kte start skali lgi..........

Cymbals....
|-x-| Strike Cymbal or Hi-Hat
|-X-| Strike Loose Hi-Hat, or hit Crash Hard
|-o-| Open High Hat
|-#-| Choke Cymbal
(Grab Cymbal With Hand After Striking It)
|-s-| Splash Cymbal
|-c-| China Cymbal
|-b-| Bell of Ride
|-x-| Click Hi-Hat With Foot

Drums....
 |-o-| Strike
|-O-| Accent
|-g-| Ghost Note
|-f-| [[Flam]]
|-d-| Drag
|-b-| Soft One-Handed Roll
|-B-| Accented One-Handed Roll
|-@-| Snare Rim
haaaa,.........skarang barulah complete rasa nye.......mende ni aq copy-paste je kot..........bkn nye susah.......alamak adui..........hahahah.......jumpe lgi.........
Assalamualaikum..........


Pengenalan kepada Drum Tab

Assalamualaikum
yo "apa di atas".........dah lme aq x update kan.....bkn nye apa......update dgn x update blog x de beza pun kan......hahaha.......sekarang ni......aq nak wat entry tentang Drum Tab.........sbb aq macam da berminat nak main drum ni.........pehhh.........law nak main mesti blaja kan......so kte blaja sendiri jela la.........x yah nak g kelas nak byar sana sini......aq x mampu.......tp law nak berguru dgn seseorang adalah lebih afdal...........hahahaha.......ok kte start sekarang...........

 CC|-Crash Cymbal----|
HH|-Hi-Hat----------|
LT|-Low-Tom---------|
HT|-High-Tom--------|
FT|-Floor-Tom-------|
Hf|-Hi-Hat-w/foot---|
CR|-Crash-Ride-Cymbal--|
RC|-Ride-Cymbal--------|
S |-Snare-drum---------|
T1|-Tom-1-(high-tom)---|
T2|-Tom-2-(low/mid-tom)|
F |-Floor-Tom----------|
BD|-Bass-Drum----------|

Friday, May 6, 2011

Kami??? atau Kita???

Jam dinding di kelas 1 Emerald telah menunjukkan tepat pukul 2 pagi. Persekitaran sekolah semakin gelap dan sunyi, kecuali kawasan pejabat sekolah yang diterangi lampu 'spotlight'. Cuaca sejuk menyelubungi. Mata yang semakin kuyu, ditahan supaya tidak terlelap di situ. Bergerak perlahan-lahan ke arah tingkap......

KID menjengah ke arah dewan yang berada berdekatan dengan blok tingkatan satu. Dewan sudah pun gelap sama seperti tempat yang lain.

"Eah! budak-budak kat dalam dewan tu da tidur ke? Gelap je dewan tu." kata KID kepada REGG yang sedang menggosok baju kadet 'full'nya. REGG turut memandang ke arah dewan.

"A,ah la dah gelap seyh dewan. Semua dah tidur ni aku rasa. Lampu dah tutup dah tu" ujar REGG.

"Yang kau pun satu, tak boleh lambat lagi ke kau gosok seluar tu. Baju nye kau belum gosok lagi. Aku dah ngantuk dah ni. Yang ada kat dalam kelas tinggal aku, kau dengan..... Sapa lagi ekk tengah gosok baju kat sini?" KID terpinga-pinga.

Secara tiba-tiba, mereka berdua terdiam sesama sendiri. Senyap sunyi. Angin kuat bertiup ke arah dewan. Sejuk....Brrr. Kalah udara kipas angin. Mata KID meliar ke sana ke mari. REGG meneruskan apa yang dia lakukan. Mereka berdua terasa seram sejuk. Ntah tak tahu kenapa. Adakah mereka berdua sahaja di dalam kelas itu?? Ahli kadet yang lain sudahpun berada di dewan.

REGG memintas "Eh kau jangan mulut macam-macam. Nak gurau agak-agaklah. Kang tak pasal-pasal......."

"Weyh!!! Sapa curi beret aku ni? Pergh!!! s**l r. Cepat cakap sapa!!! Esok dah nak bertanding time ni la nak hilang. Pergh!!! Ishhh. Beret kena curi, nasib baik aksesori pakaian tak kena curi. Kalau tak!!!! ishh!! Sengal betullah dyeorg ni." rungut AWI entah dari mana datangnya.

KID dan REGG agak terkejut kerana secara tiba-tiba mendengar rungutan percuma dari AWI. KID hendak menjerit tetapi dikawal lalu berkata "Betul ke kau punya beret kena curi. Ke kau letak salah tempat ke.."

AWI menjawab dengan wajah yang kecewa,"Betul, kena curi. Aku dah cari dah kat semua tempat dah. Yang ada kat atas meja tinggal mafla, lanyard, dengan lain, beret je tak ada"

"Dah dah, esok mintak kat IS beret yang baru. Sekarang ni, relaks dulu" celah REGG

"A'ah betul tu. REGG, kau cakap orang tapi dia sendiri sama je. Dari tadi tak siap gosok baju. Aku dah ngantuk gile tunggu kau. Bak sini baju tu aku gosokkan. Aku rasa kalau tunggu kau sampai esok pun belum tentu siap" seloroh KID

KID bertolak ansur. Melayan kerenah REGG. REGG dan AWI cuma muda setahun dari KID. KID terpaksa tolong gosokkan baju REGG. Jika tidak, pagi esok mungkin KID kelewatan. REGG dan AWI tiada masalah untuk tidur lambat kerana mereka berdua merupakan pelajar asrama. Sementara KID menggosok baju. REGG menenangkan AWI yang kerisauan akan beretnya yang hilang.

BEBERAPA MINIT KEMUDIAN...

"Nah ambil baju ni." kata KID

"Terima kasih KID. Sebenarnya aku tak pandai buat lipatan 'jet' kat lengan baju ni. Tu yang lambat tu. Heee" balas REGG

"Yela. Sama-sama. Nama pun satu kadet, kau tu bawah jagaan aku. Dah dah cepat turun pergi dewan. Jom tidur. AWI jom turun sama-sama. Dah pukul 2.30 pagi. Ni kawasan sekolah yang bersejarah. Keras rasanya. Tapi tak keras sangatlah sebab dibina daripada batu-bata. Kau fahamkan la apa yang aku cakap ni." jawab KID.

KID, AWI, dan REGG bergerak ke arah dewan bersama-sama. Keadaan sekeliling sangat gelap menyebabkan mereka menuruni secara perlahan-lahan.

AWI bersuara "REGG bukak lampu phone kau. Gelap la seyh"

Lalu REGG mengeluarkan phonenya. KID hanya mendiamkan diri dan mengekori mereka berdua dari belakang.
Setibanya di dewan, mereka bertiga mendapati masih ada yang belum tidur. Antaranya ialah NADZ, FAWWAZ, JAWE, AYOL dan DIN sedang duduk bersantai di hadapan dewan. Macam ambil angin la kiranya. REGG turut serta ke dalam kumpulan itu. KID dengan serta merta mengambil bantal lalu terus ke atas pentas. Di sebalik tabir, ramai yang sedang lena. KID baring di ruang kosong berdekatan dengan KIMIE.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bangun!! Bangun kadet!! Mandi, siap cepat-cepat. Dah pukul 6 pagi dah ni. Kedengaran suara DIN mengejutkan semua orang. KID terjaga daripada tidurnya.

"Bangun KID. Semua dah siap mandi dah. Tinggal kau dengan BLACK je yang belum mandi." ujar DIN.

"BLACK? Mana dia?" tanya KID.

"Itu haa kat belakang kau tu apa. Nyenyak betul dia tidur kat sebelah kau, KID. Hahahaha." jawab DIN.

"Mak aiii! bila masa dia ni tidur kat sebelah aku ni. Sebelum aku tidur, kat sini aku dengan KIMIE je." KID terkejut.

"Dah dah pergi mandi sana siap-siap. Kejut BLACK tu sekali." ujar DIN

KID mengejut BLACK seperti yang disuruh. Mereka bangun dan bergegas ke beg masing-masing untuk mencari tuala dan alatan mandi. Lalu KID dan BLACK terus ke bilik air. Hah kena tipu je dengan DIN. Kelihatan ZIZI, PAT, JAWE, NADZ sedang menunggu giliran untuk menggunakan bilik air 2 buah itu. Sambil menunggu giliran, ada yang mencuci muka terutama sekali BLACK, ada yang memberus gigi, ada juga yang tertidur di atas kerusi. Hahaha...sambung tidur atas kerusi?? apa daaa......
Setelah selesai mandi, masing-masing melakukan kerja sendiri. Tetapi kebanyakkannya telah pergi sarapan di kantin asrama. Kesemuanya bersedia menunggu ketibaan bas untuk ke Segamat. (Segamat is our Destination!!!)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Abang KID! nak tumpang letak barang abang dalam beg ECIK tak?" tanya ECIK

"Ermm. Boleh juga. Lagipun KID tak bawa banyak sangat barang. Cuma t-shirt dengan stokin je. Yang lain boleh tinggalkan kat dalam bilik kadet. Bak sini beg tu. Biar beg ni KID yang bawakan, yang lain ECIK bawa sendiri." jawab KID

ECIK menghulurkan beg yang hendak dibawanya. Kemudian KID memasukkan t-shirt dan stokin ke dalam beg ECIK. Sementara yang lain membuat persiapan untuk kali terakhir sebelum bertolak. Takut ada barang yang berharga tertinggal.

Weyhhhh!!!!!!!!
"Yokkk!!! Cepat!! Bas dah sampai. Cepat, ambil semua yang nak bawa pergi Segamat. Barang yang tak diperlukan tak payah bawa. Jangan tinggalkan aksesori lak" jerit IS

Masing-masing membawa baju 'full' di sebelah kanan dan but di sebelah kiri. Haha smart lah.
Mereka menaiki bas dengan teratur. Dengan sekelip mata saja bas yang kosong menjadi penuh dan agak sesak. Baju 'full' mereka dengan but yang berkilat memenuhi ruang tengah perut bas. KID duduk bersebelahan dengan ECIK. IS dan Cikgu YAZID orang yang terakhir memasuki bas lalu mengira bilangan ahli sama ada cukup atau tidak. Kedengaran lagu Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir, kemudian diikuti dengan lagu B.E.P bertajuk I Had The Feeling. Yeah!! lagu tu memang sesuai sebab kami 'had the feeling' untuk menang dalam pertandingan kawad kaki KRS peringkat negeri. Bersemangat sungguh. Tidak lama kemudian, pemandu bas tu membuka cerita Niyang Rapik. Pada mulanya KID tak mengetahui apa-apa. Tetapi.......

"Tepi sikit. Aku nak lalu. Nak tengok citer ni" kata IS

Lalu IS duduk di tengah-tengah antara dua tempat duduk (laluan penumpang bas). Diikuti oleh ZIZI, PAT, AWI dan HAZIQ. Da macam tengok wayang dah. KID tak berani untuk tengok kerana cerita seram merupakan kelemahannya. KID cuba memejamkan mata untuk tidur. Tidak juga berkesan. KID terpaksa juga layan cerita tu untuk menghilangkan rasa ingin tahu.
Setelah begitu leka menonton hingga ke penamat, mereka sudahpun memasuki sempadan Segamat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SETIBANYA DI DESTINASI TUJUAN...

"Wah! Canggih gila sekolah menengah ni. Fuyooo." KID teruja.

"Abang KID, ni bukan sekolah menengah la. Ni sekolah rendah je. Tadika pun ada sekali." celah ECIK .

"Eah yeke? Hehe. Besar mengalahkan sekolah menengah. Tengok! 4 tingkat lak tu." sambung KID.

ECIK memandang "Apalah abang KID ni, jakun tak memasal"

IS mengarahkan semua ahli kadet bersiap-siap memakai baju 'full' di bilik persalinan yang telah disediakan. Sementara DIN, FAWWAZ, ZOOL, ATHIR, dan AHFIZ menjalankan tanggungjawab mereka sebagai 'runner'. Mereka berlima saling membantu dalam menyediakan pemakaian but dan anklet. Tetapi hanya AHFIZ tampak bersungguh-sungguh dalam melakukan kerjanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah semuanya lengkap, IS mengarahkan semua ahli kadetnya bergerak untuk pemeriksaan pakaian. KID di anatara orang terakhir yang menyusul.

"Skuad!! Tiga barisan depan saya!!"

Semua ahli berkumpul mengikut kedudukan yang ditetapkan. Bersedia untuk pemeriksaan pakaian. Api semangat yang membara dapat dirasai membakar dalam diri. IS melaporkan diri kepada pegawai pemeriksa dan telah bersedia untuk diuji. Ada dua pegawai. Salah satu daripadanya memeriksa pakaian IS. Kemudian mereka berdua memeriksaan keseragaman satu platun. KID berada barisan hadapan dan cuba untuk menegapkan badannya. Sama seperti yang lain. Diam dan tegas, tidak berkata apa-apa.

Pemeriksa 2 berkata, "Ok dah. Ada apa-apa lagi tak?"

Pemeriksa 1 menjawab, "Ok selesai. Dah cukup semua dah boleh bergerak. Tunggu giliran lak lepas ni."

"Awak dah boleh melapor diri untuk keluar baris." kata pemeriksa 1 kepada IS

Lalu IS melaporkan diri seperti yang diarahkan. Kemudian mereka semua menunggu giliran untuk memasuki gelanggang bertanding. Lantas AMAR ( adik kepada IS, pelajar tingkatan 3) tampil ke hadapan, lalu membacakan doa supaya diberikan keberkatan dan kemenangan yang setimpal dengan usaha gigih daripada semua ahli. Semua ahli kadet turut meng-amin-kan doa.

"Kadet!! Setelah beberapa hari kita berlatih dengan bersungguh-sungguh, inilah hari penentu. Berlatih selama beberapa bulan, jadi johan peringkat daerah untuk sampai ke peringkat negeri dan mengambil masa selama lebih kurang 15 minit saja untuk serius. Ingat buat betul-betul. Untuk hari ni, 15 minit je. 'All Out'! Alright semua bertenang dan ingat peranan masing-masing. Kalau ada yang tersilap langkah tu pandai-pandai la cover ye." nasihat IS berkobar-kobar.

TIBA MASA YANG DINANTIKAN.......

Giliran SAKTI (kontinjen K.R.S terbaik dan saingan terhebat) sudah pun tamat. Tiba giliran kontinjen bimbingan IS bersedia untuk diuji. Dengan tawakal dan penuh yakin, meneruskan usaha mereka mungkin sampai ke tahap lebih tinggi iaitu peringkat kebangsaan. ZOOL sebagai bekas pegawai waran 2 memberikan kata-kata semangat. Kemudian IS memberi arahan.......

Bergerak ke kiri, ke kiri pusing!!
Dari kanan, cepat jalan!!!

Paapp. Hentakan padu kedengaran. Mereka bergerak masuk ke dalam gelanggang sambil diperhatikan dengan tajam oleh juri-juri hakim.......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perut sudahpun mengeroncong. Tenaga sudahpun kehabisan. KID bergerak dengan lemah longlai. Begitu juga dengan yang lain. Mereka semua belum menjamah sedikit makanan sebelum memulakan pertandingan. Keletihan...

"Semua dah selesai kan. So sekarang ni awak semua boleh pergi makan kat kantin sana tuh. Rehat cukup-cukup sebab lepas ni ada raptai majlis penutup. Jangan biarkan perut awak semua kosong. Nanti pengsan lak tengah padang. Kalau kita menang, awak pengsan, kemenangan yang kita dapat tu akan ditarik balik. Ishh tak patut betul." kata Cikgu YAZID

Setelah selesai rehat, mereka semua diarahkan berada di padang untuk raptai dan seterusnya majlis penutup. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan nyanyian lagu Bangsa Johor.
Doa dan ikrar telah dibacakan, kini tiba masanya untuk pengumuman serta penyampaian hadiah.

"Mintak-mintak dapat la tempat. Paling kurang pun naib johan la tapi kalau dapat No. 3 pun ok juga. Yang penting mesti naib johan ni" KID bermonolog.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Namun nasib tak menyebelahi kontinjen daripada daerah Batu Pahat. Mereka diumumkan berada di tempat yang ke-3. SAKTI masih lagi memegang status johannya dan akan ke peringkat kebangsaan.

"Ok la tu. Lebih baik ada daripada tak ada. Dah dah kita dah berusaha bersungguh-sungguh. Nak buat macam mana lagi. Nampaknya diaorang masih lagi juara bertahan. Terror tu. Tapi tak mengapa, tahun ni kita dapat no.3, tahun depan mesti dapat no.2 tau. Hahaha. Dah jangan sedih." KID membangkitkan semangat rakan-rakannya.

"Abang KID, tahun depan abang KID la yang bawa kami nak?? Bimbing kami. Ganti abang IS. Hehehe" ECIK memberi respon.

"Hah betul cakap ECIK tu. Tahun depan aku dah tak pegang lagi dah jawatan ni sebab tahun ni adalah tahun last zaman persekolahan aku." celah IS.

"Tapi kenapa tak suruh adik kau je ganti tempat kau? Aku takut aku tak boleh bawa budak-budak ni la IS" jawab KID

"Nak suruh AMAR?? Dia tu baru lagi. Budak form3. Tahun ni kan dia amik PMR. Lagipun, aku rasa kau yang paling sesuai ganti tempat. Betul tak tipu. Nak harapkan kawan kau tu si BLACK..tak boleh harap. Dia baru masuk kawad tahun ni. Baru nak rasa-rasa. Semua budak-budak ni dah pandang kau sebagai ketua. Cuma kau tu je yang merendah diri sangat. Betul tak ECIK?" terang IS

"Betul kata abang IS tu." jawab ECIK.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah perbualan itu berlaku, mereka bertiga terus bilik persalinan di mana semua ahli kadet sudah selesai tukar baju. Berkemas sana, sini. Memastikan tiada barang berharga yang tertinggal. Mengebalikan suasana bilik itu sama seperti semasa datang tadi. Tidak bersepah, sampah sudah pun di buang. Maka dengan senang hati mereka pulang ke Batu Pahat. Walaupun dapat tempat yang ke-3, namun mereka tetap tabah dan akan lebih kuat pada masa akan datang dengan ketua yang baru. Mungkin. Semangat mereka tidak akan pernah padam........

Cerita asal,
x+y=z
...............


Mula mula semula mula merubah
Mereka merenung nasib sendiri
Tunjuk tunjuklah tolong tunjuklah
Aku ingin berubah

Sudah sudah sudahlah cukup cukuplah
Rugi yang lepas takkan ulangi lagi
Cuba cubalah sudi sudilah
Aku ingin mencuba

Hidup bagaikan pusingan roda
Kala di atas kala di bawah
Manusia bukanlah semua sama
(MULA - Meet Uncle Hussien)

Saturday, March 5, 2011

Disangkakan Buaya tetapi Pencinta.......(110213)

Chapter1

Waktu awal pagi, sebelum waktu Subuh, suasana yang sunyi menyelubungi. Angin kuat bertiup kencang membuatkan keadaan bertambah sejuk. Jam loceng telah berbunyi. Kid bangun lalu terus melihat ke arah jam. Jam telah menunjukkan pukul 4.30 pagi. "Alah lama lagi nak pukul 6. Sambung tidur lagi best" bisik hati kecil Kid. Apa lagi, Kid menarik selimutnya dan terus memejamkan mata. Dengan keadaan yang sejuk ditambah pula dengan angin kipas yang berputar laju. Kid terlena dibuai mimpi...

'''" Kak Alia.......Kid tak tahu akak menganggap Kid sebagai siapa. Cuma sejak kebelakangan ni, Kid rasa tidak tenteram. Kid mula menaruh perasaan kat akak. Perasaan sayang ini telah berputik di hati Kid. Namun sesungguhnya, Kid malu nak menyatakan apa-apa kat akak. Kawan Kid ada berkata "kalau kau lambat, kau merana Kid. Aku dah tak boleh tolong apa lagi." Kawan Kid suruh Kid ajak akak jadi TTM (teman tapi mesra) Kid. Kid tak tahu nak buat apa. Buntu membelenggu. Patut ke Kid ikut nasihat kawan Kid. Tapi Kid tak mahu mengganggu akak yang tahun ni akan menjalani peperiksaan SPM. Apa-apa pun Kid nak cakap yang Kid......................................."''

Pap.... Pintu bilik ibu Kid telah ibunya buka untuk melihat Kid. "Bangun..bangun.." kata ibu Kid. Kid pada ketika itu berada di ruang tamu, berdekatan dengan televisyen, terjaga. "Alamak, kacau la. Baru nak habiskan ayat dah lesap". Kid selalu tidur di ruang tamu dan tidak pernah tidur di biliknya. Kid serta-merta melihat jam. 6.30 pagi. "Oh tidak. Lagi setengah jam saja lagi nak pukul 7". Kid bangun lalu ke biliknya untuk mengambil tuala dan terus ke bilik air.

*******

Setelah bersiap-siap, Kid menunaikan solat Subuh. Kemudian, dia membuka rantai basikal dan menunggu ibunya di luar. "Lagi 5 minit je lagi ni. Mana ibu ni?" keluh Kid yang sudah kelewatan.
Setelah besalaman, Kid mencium pipi ibunya sebelum begerak ke sekolah. "Bu, Kid pergi dulu." kata Kid yang terkejar-kejar. "Belajar rajin-rajin. Makan masa rehat nanti. Jangan tak makan" balas ibunya. Nasib baik rumah Kid berdekatan dengan sekolah. Setibanya Kid di sekolah, ingatkan Kid dah lambat. Rupanya tidak. Tiada kelibat Mr. Sarjit di pintu masuk utama. Selalunya dia dah tunggu budak-budak yang datang lambat. Yang Kid nampak cuma pengawal sekolah yang berada di pondok. Jam tangan Kid menunjukkan pukul 7. Tetapi kenapa masih kurang je orang kat sekolah ni. Kid menuntun basikalnya setelah masuk ke kawasan sekolah. Kid meletakkan basikalnya di tempat yang disediakan. Kid tertanya-tanya.
"Ouh siot je r. Jam ni cepat 11 minit. Memang la senyap je." Sementara menunggu perhimpunan, Kid dan yang lain duduk di dewan kerana hari ini hari orientasi tingkatan 4. Tengah leka Kid duduk, Kid kembali ke alam khayalannya. Tetapi bukan tidur tau. Takkan asyik tidur je. Ni masa ni Kid tengah berangan........

"""Kid menunggu kak Alia di laman web Facebook. Dari petang hingga malam Kid tunggu. Namun kak Alia masih tidak muncul. Kawan Kid, Amar, sudah pun kebosanan melayan kerenah Kid yang kebudak-budakan. Tetapi demi kak Alia, Kid sanggup tunggu. Kid sanggup tunggu sampai bila-bila. Entah bagaimana keadaan akak di sana. Adakah akak dalam kesakitan dan cuba menyembunyikannya daripada pengetahuan Kid? Kid sedia mendengar cerita akak. Namun apakan daya, Kid berada di Selatan dan akak berada di Utara. Salah satu cara Kid berhubung dengan akak ialah melalui laman web sosial, Facebook. '''"

Thursday, March 3, 2011

Lirik Lagu Journey Through The Decade




Gackt - Journey Through The Decade

miageru hoshi sorezore no rekishi ga kagayaite
seiza no you sen de musubu hajimaru legend
aurora yurameku jikuu wo koete
tobikomu meisou suru Parallel world

On the road dare mo tabi no tochuu honto no jibunjishin deau tame
arukitsuzukeru no sa ima wo We are all travellers
boku no me no mae ni hirogaru kokonotsu michi wa itsuka kasanatte
atarashii yoake e to tsuzuku michi ni kawaru no darou
mokugekise yo Journey through the decade

rensu goshi ni kiritotta keshiki wo mitsumete mo
shinjutsu to wa kokoro no me no naka ni utsuru mono sa
dokoka de tatakai no maku ga aki
boku to iu genjitsu sarou Halation

On the road tabi ni deru riyuu wa sekai ga horobiru mirai kawaru tame
motto tsuyoku yume wo idake We are all dreamers
boku no unmei wa kanarazu juudome ni tachi agatta sono toki ni
atarashii kaze wo torinukete michi ga hiraku no darou
mokugekise yo Journey through the decade

jibun ga shunkan goto ni ketsudan suru sono subete de
mirai wa risou ni mo zetsubou ni mo kawatte yuku
dakara kitto shinjita michi hashire

On the road dare mo tabi no tochuu honto no jibunjishin deau tame
arukitsuzukeru no sa ima wo We are all travellers
boku no me no mae ni hirogaru kokonotsu michi wa itsuka kasanatte
atarashii yoake e to tsuzuku michi ni kawaru no darou
mokugekise yo Journey through the decade

-Wajah Baru-

Yeah. Blog yang sudah lama terbengkalai sudah dikemaskini. Terima kasih kepada Amai kerana membantu adik. Haha. Best...best...so harap-harap adik ada idea untuk update blog ni. Berlatar belakangkan gambar malar segar....ewah..hahah.. Susun sana susun sini. Huh. Tapi adik masih tak puas hati lagi. Adik akan cuba perbaiki apa yang kurang. Harap-harap begitulah. Hari ni kita santai-santai. Tak perlu tesion jek kejenya. Relax-relax. Urmmm. Fikirkan apalah agaknya yek. Hah dah dapat. Oleh kerana blog ini berwajah baru, kita mulakan semula seperti baru berjumpa.

HAI!!!!!

hahaha..
Korang ley panggil saya ADIK. Tahun ni adik berada di tingkatan 4 Sandalwood. Tahun lepas semasa tingkatan 3, adik berada dalam kelas 3 Aloes. Tahun ni merupakan tahun yang sangat sibuk. Mungkin dengan aktiviti sekolahnya yang padat walaupun balik sekolah lebih awal. Kiranya hari Sabtu dan Ahad adik tak berada di rumah. Mesti keluar jalan-jalan. Tak sah kalau tak keluar, sebab ikut keluarga. Adik dah letih nak ke sana ke sini. Tahun ni banyak juga la aktiviti yang adik sertai. Nak adik senaraikan??? Boleh juga...apa salahnya..haha..

  1. Bulan Mac ni adik ikut sekolah pergi mendaki Gunung Stong...
  2. Lepas ada pertandingan kawad kaki pulak...
  3. Selepas peperiksaan pertengahan tahun, sekolah menganjurkan aktiviti Kembara Berbasikal mengelilingi Johor...
  4. hah aktiviti ni rahsia...hahahaha

Hah macam mana best tak aktiviti yang akan dijalankan. Walaupun lama lagi hendak berlangsung, tapi persiapan siapa yang buat??. Siapa lagi kalau bukan adik dan ketua adik, Kayu.
Persiapan ke Gunung Stong sudah hampir selesai. Masih mencari penaja untuk menaja kos perbelanjaan ke sana. Persediaan Gunung Stong habis cerita. Macam pulak dengan Kembara Berbasikal???...

Adik dengan Kayu juga bertanggungjawab melakukan semua persediaan. Mana tak penat. Nak kena betulkan basikal lagi, nak cat, nak spray, itu dan ini. Nanti budak-budak lain juga nak guna. Bukan nak tolong ke apa. Haish. Sabo jela.

Anyway, adik berasa puas hati hari ni. Dan....... (nak buat penutup pun tak tau)....hahaha...
Ok la cukup sampai di sini untuk hari ini.

Assalmualaikum.......

-Blank-

Salam....adik dah kembali...haha. Adik mengaku yang sebenarnye x pandai design blog ni. Sebab adik tak berapa minat sangat menulis atau pun membaca. Haha. Tak ada idea nak tulis apa. Tulah adik punya background gelap aje kan. Nampak macam muram. Tapi sekarang ni, terdetik kat hati adik nak update, kemaskinikan blog ni. Haish tapi tak tahu nak mula dari mana. Buntu.

Oleh kerana adik minat sangat kat Masked rider, adik nak letak mv lgu Masked rider lah. Hahaha. Kawan adik da bosan rasanya tu. Asyik-asyik masked rider.

http://www.youtube.com/watch?v=pdAuiyyIOik&feature=related


ok x. hahaha. Kenapa tak de kotak ek>??... Tak pe lah, adik bkn nye pandai sangat.

Follow Me.............hahahaa