Thursday, September 24, 2009
Pertama Raya
Hari pertama raya semua orang dah bangun kecuali aq. Mak, Ayah dan adik aq dah bangun pada pukul 6.30 pagi kerana semangat sangat nak pegi sembahyang raya. Padahal sembahyang raya kul 8.00 lebih. Masa kat masjid pas sembahyang aq tengok warga asing bepeluk-peluk,cium-cium bukannya apa jangan pikir bukan2 diorang sume menunjukkan semangat persaudaraan sesama islam. Lepas tu balik rumah, dah balik rumah kau tau la apalah 10 jari disusun memohon ampun then ambik gambar then ziarah kubur then pegi rumah nenek. Dapat jumpa saudara2 aq dari Kulai, JB, KL dan sebagainya. Pegi beraya kat umah kawan pakcik aq kat simpang 5 pas2 pegi Simpang renggam kat situ la kereta yang aq naik ngan pakcik lagi satu aq pecut dengan lajunya mentang2la orang KL nak race kat Renggam. Dari renggam ke kluang, dalam perjalanan ke kluang sume pakcik & makcik termasuk mak aq sakit perut/cirit birit (kecuali aq & ayah aq, tulah makan x baca bismillah) sebelum pegi kluang, kat renggam diorang ada makan sate apa ntah nasib baik ada banyak stesen minyak sepanjang perjalanan ke kluang. Balik rumah dah pukul 1.00, penat tu penat lagi orang yang memandu.