Friday, May 6, 2011

Kami??? atau Kita???

Jam dinding di kelas 1 Emerald telah menunjukkan tepat pukul 2 pagi. Persekitaran sekolah semakin gelap dan sunyi, kecuali kawasan pejabat sekolah yang diterangi lampu 'spotlight'. Cuaca sejuk menyelubungi. Mata yang semakin kuyu, ditahan supaya tidak terlelap di situ. Bergerak perlahan-lahan ke arah tingkap......

KID menjengah ke arah dewan yang berada berdekatan dengan blok tingkatan satu. Dewan sudah pun gelap sama seperti tempat yang lain.

"Eah! budak-budak kat dalam dewan tu da tidur ke? Gelap je dewan tu." kata KID kepada REGG yang sedang menggosok baju kadet 'full'nya. REGG turut memandang ke arah dewan.

"A,ah la dah gelap seyh dewan. Semua dah tidur ni aku rasa. Lampu dah tutup dah tu" ujar REGG.

"Yang kau pun satu, tak boleh lambat lagi ke kau gosok seluar tu. Baju nye kau belum gosok lagi. Aku dah ngantuk dah ni. Yang ada kat dalam kelas tinggal aku, kau dengan..... Sapa lagi ekk tengah gosok baju kat sini?" KID terpinga-pinga.

Secara tiba-tiba, mereka berdua terdiam sesama sendiri. Senyap sunyi. Angin kuat bertiup ke arah dewan. Sejuk....Brrr. Kalah udara kipas angin. Mata KID meliar ke sana ke mari. REGG meneruskan apa yang dia lakukan. Mereka berdua terasa seram sejuk. Ntah tak tahu kenapa. Adakah mereka berdua sahaja di dalam kelas itu?? Ahli kadet yang lain sudahpun berada di dewan.

REGG memintas "Eh kau jangan mulut macam-macam. Nak gurau agak-agaklah. Kang tak pasal-pasal......."

"Weyh!!! Sapa curi beret aku ni? Pergh!!! s**l r. Cepat cakap sapa!!! Esok dah nak bertanding time ni la nak hilang. Pergh!!! Ishhh. Beret kena curi, nasib baik aksesori pakaian tak kena curi. Kalau tak!!!! ishh!! Sengal betullah dyeorg ni." rungut AWI entah dari mana datangnya.

KID dan REGG agak terkejut kerana secara tiba-tiba mendengar rungutan percuma dari AWI. KID hendak menjerit tetapi dikawal lalu berkata "Betul ke kau punya beret kena curi. Ke kau letak salah tempat ke.."

AWI menjawab dengan wajah yang kecewa,"Betul, kena curi. Aku dah cari dah kat semua tempat dah. Yang ada kat atas meja tinggal mafla, lanyard, dengan lain, beret je tak ada"

"Dah dah, esok mintak kat IS beret yang baru. Sekarang ni, relaks dulu" celah REGG

"A'ah betul tu. REGG, kau cakap orang tapi dia sendiri sama je. Dari tadi tak siap gosok baju. Aku dah ngantuk gile tunggu kau. Bak sini baju tu aku gosokkan. Aku rasa kalau tunggu kau sampai esok pun belum tentu siap" seloroh KID

KID bertolak ansur. Melayan kerenah REGG. REGG dan AWI cuma muda setahun dari KID. KID terpaksa tolong gosokkan baju REGG. Jika tidak, pagi esok mungkin KID kelewatan. REGG dan AWI tiada masalah untuk tidur lambat kerana mereka berdua merupakan pelajar asrama. Sementara KID menggosok baju. REGG menenangkan AWI yang kerisauan akan beretnya yang hilang.

BEBERAPA MINIT KEMUDIAN...

"Nah ambil baju ni." kata KID

"Terima kasih KID. Sebenarnya aku tak pandai buat lipatan 'jet' kat lengan baju ni. Tu yang lambat tu. Heee" balas REGG

"Yela. Sama-sama. Nama pun satu kadet, kau tu bawah jagaan aku. Dah dah cepat turun pergi dewan. Jom tidur. AWI jom turun sama-sama. Dah pukul 2.30 pagi. Ni kawasan sekolah yang bersejarah. Keras rasanya. Tapi tak keras sangatlah sebab dibina daripada batu-bata. Kau fahamkan la apa yang aku cakap ni." jawab KID.

KID, AWI, dan REGG bergerak ke arah dewan bersama-sama. Keadaan sekeliling sangat gelap menyebabkan mereka menuruni secara perlahan-lahan.

AWI bersuara "REGG bukak lampu phone kau. Gelap la seyh"

Lalu REGG mengeluarkan phonenya. KID hanya mendiamkan diri dan mengekori mereka berdua dari belakang.
Setibanya di dewan, mereka bertiga mendapati masih ada yang belum tidur. Antaranya ialah NADZ, FAWWAZ, JAWE, AYOL dan DIN sedang duduk bersantai di hadapan dewan. Macam ambil angin la kiranya. REGG turut serta ke dalam kumpulan itu. KID dengan serta merta mengambil bantal lalu terus ke atas pentas. Di sebalik tabir, ramai yang sedang lena. KID baring di ruang kosong berdekatan dengan KIMIE.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bangun!! Bangun kadet!! Mandi, siap cepat-cepat. Dah pukul 6 pagi dah ni. Kedengaran suara DIN mengejutkan semua orang. KID terjaga daripada tidurnya.

"Bangun KID. Semua dah siap mandi dah. Tinggal kau dengan BLACK je yang belum mandi." ujar DIN.

"BLACK? Mana dia?" tanya KID.

"Itu haa kat belakang kau tu apa. Nyenyak betul dia tidur kat sebelah kau, KID. Hahahaha." jawab DIN.

"Mak aiii! bila masa dia ni tidur kat sebelah aku ni. Sebelum aku tidur, kat sini aku dengan KIMIE je." KID terkejut.

"Dah dah pergi mandi sana siap-siap. Kejut BLACK tu sekali." ujar DIN

KID mengejut BLACK seperti yang disuruh. Mereka bangun dan bergegas ke beg masing-masing untuk mencari tuala dan alatan mandi. Lalu KID dan BLACK terus ke bilik air. Hah kena tipu je dengan DIN. Kelihatan ZIZI, PAT, JAWE, NADZ sedang menunggu giliran untuk menggunakan bilik air 2 buah itu. Sambil menunggu giliran, ada yang mencuci muka terutama sekali BLACK, ada yang memberus gigi, ada juga yang tertidur di atas kerusi. Hahaha...sambung tidur atas kerusi?? apa daaa......
Setelah selesai mandi, masing-masing melakukan kerja sendiri. Tetapi kebanyakkannya telah pergi sarapan di kantin asrama. Kesemuanya bersedia menunggu ketibaan bas untuk ke Segamat. (Segamat is our Destination!!!)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Abang KID! nak tumpang letak barang abang dalam beg ECIK tak?" tanya ECIK

"Ermm. Boleh juga. Lagipun KID tak bawa banyak sangat barang. Cuma t-shirt dengan stokin je. Yang lain boleh tinggalkan kat dalam bilik kadet. Bak sini beg tu. Biar beg ni KID yang bawakan, yang lain ECIK bawa sendiri." jawab KID

ECIK menghulurkan beg yang hendak dibawanya. Kemudian KID memasukkan t-shirt dan stokin ke dalam beg ECIK. Sementara yang lain membuat persiapan untuk kali terakhir sebelum bertolak. Takut ada barang yang berharga tertinggal.

Weyhhhh!!!!!!!!
"Yokkk!!! Cepat!! Bas dah sampai. Cepat, ambil semua yang nak bawa pergi Segamat. Barang yang tak diperlukan tak payah bawa. Jangan tinggalkan aksesori lak" jerit IS

Masing-masing membawa baju 'full' di sebelah kanan dan but di sebelah kiri. Haha smart lah.
Mereka menaiki bas dengan teratur. Dengan sekelip mata saja bas yang kosong menjadi penuh dan agak sesak. Baju 'full' mereka dengan but yang berkilat memenuhi ruang tengah perut bas. KID duduk bersebelahan dengan ECIK. IS dan Cikgu YAZID orang yang terakhir memasuki bas lalu mengira bilangan ahli sama ada cukup atau tidak. Kedengaran lagu Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir, kemudian diikuti dengan lagu B.E.P bertajuk I Had The Feeling. Yeah!! lagu tu memang sesuai sebab kami 'had the feeling' untuk menang dalam pertandingan kawad kaki KRS peringkat negeri. Bersemangat sungguh. Tidak lama kemudian, pemandu bas tu membuka cerita Niyang Rapik. Pada mulanya KID tak mengetahui apa-apa. Tetapi.......

"Tepi sikit. Aku nak lalu. Nak tengok citer ni" kata IS

Lalu IS duduk di tengah-tengah antara dua tempat duduk (laluan penumpang bas). Diikuti oleh ZIZI, PAT, AWI dan HAZIQ. Da macam tengok wayang dah. KID tak berani untuk tengok kerana cerita seram merupakan kelemahannya. KID cuba memejamkan mata untuk tidur. Tidak juga berkesan. KID terpaksa juga layan cerita tu untuk menghilangkan rasa ingin tahu.
Setelah begitu leka menonton hingga ke penamat, mereka sudahpun memasuki sempadan Segamat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SETIBANYA DI DESTINASI TUJUAN...

"Wah! Canggih gila sekolah menengah ni. Fuyooo." KID teruja.

"Abang KID, ni bukan sekolah menengah la. Ni sekolah rendah je. Tadika pun ada sekali." celah ECIK .

"Eah yeke? Hehe. Besar mengalahkan sekolah menengah. Tengok! 4 tingkat lak tu." sambung KID.

ECIK memandang "Apalah abang KID ni, jakun tak memasal"

IS mengarahkan semua ahli kadet bersiap-siap memakai baju 'full' di bilik persalinan yang telah disediakan. Sementara DIN, FAWWAZ, ZOOL, ATHIR, dan AHFIZ menjalankan tanggungjawab mereka sebagai 'runner'. Mereka berlima saling membantu dalam menyediakan pemakaian but dan anklet. Tetapi hanya AHFIZ tampak bersungguh-sungguh dalam melakukan kerjanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah semuanya lengkap, IS mengarahkan semua ahli kadetnya bergerak untuk pemeriksaan pakaian. KID di anatara orang terakhir yang menyusul.

"Skuad!! Tiga barisan depan saya!!"

Semua ahli berkumpul mengikut kedudukan yang ditetapkan. Bersedia untuk pemeriksaan pakaian. Api semangat yang membara dapat dirasai membakar dalam diri. IS melaporkan diri kepada pegawai pemeriksa dan telah bersedia untuk diuji. Ada dua pegawai. Salah satu daripadanya memeriksa pakaian IS. Kemudian mereka berdua memeriksaan keseragaman satu platun. KID berada barisan hadapan dan cuba untuk menegapkan badannya. Sama seperti yang lain. Diam dan tegas, tidak berkata apa-apa.

Pemeriksa 2 berkata, "Ok dah. Ada apa-apa lagi tak?"

Pemeriksa 1 menjawab, "Ok selesai. Dah cukup semua dah boleh bergerak. Tunggu giliran lak lepas ni."

"Awak dah boleh melapor diri untuk keluar baris." kata pemeriksa 1 kepada IS

Lalu IS melaporkan diri seperti yang diarahkan. Kemudian mereka semua menunggu giliran untuk memasuki gelanggang bertanding. Lantas AMAR ( adik kepada IS, pelajar tingkatan 3) tampil ke hadapan, lalu membacakan doa supaya diberikan keberkatan dan kemenangan yang setimpal dengan usaha gigih daripada semua ahli. Semua ahli kadet turut meng-amin-kan doa.

"Kadet!! Setelah beberapa hari kita berlatih dengan bersungguh-sungguh, inilah hari penentu. Berlatih selama beberapa bulan, jadi johan peringkat daerah untuk sampai ke peringkat negeri dan mengambil masa selama lebih kurang 15 minit saja untuk serius. Ingat buat betul-betul. Untuk hari ni, 15 minit je. 'All Out'! Alright semua bertenang dan ingat peranan masing-masing. Kalau ada yang tersilap langkah tu pandai-pandai la cover ye." nasihat IS berkobar-kobar.

TIBA MASA YANG DINANTIKAN.......

Giliran SAKTI (kontinjen K.R.S terbaik dan saingan terhebat) sudah pun tamat. Tiba giliran kontinjen bimbingan IS bersedia untuk diuji. Dengan tawakal dan penuh yakin, meneruskan usaha mereka mungkin sampai ke tahap lebih tinggi iaitu peringkat kebangsaan. ZOOL sebagai bekas pegawai waran 2 memberikan kata-kata semangat. Kemudian IS memberi arahan.......

Bergerak ke kiri, ke kiri pusing!!
Dari kanan, cepat jalan!!!

Paapp. Hentakan padu kedengaran. Mereka bergerak masuk ke dalam gelanggang sambil diperhatikan dengan tajam oleh juri-juri hakim.......

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perut sudahpun mengeroncong. Tenaga sudahpun kehabisan. KID bergerak dengan lemah longlai. Begitu juga dengan yang lain. Mereka semua belum menjamah sedikit makanan sebelum memulakan pertandingan. Keletihan...

"Semua dah selesai kan. So sekarang ni awak semua boleh pergi makan kat kantin sana tuh. Rehat cukup-cukup sebab lepas ni ada raptai majlis penutup. Jangan biarkan perut awak semua kosong. Nanti pengsan lak tengah padang. Kalau kita menang, awak pengsan, kemenangan yang kita dapat tu akan ditarik balik. Ishh tak patut betul." kata Cikgu YAZID

Setelah selesai rehat, mereka semua diarahkan berada di padang untuk raptai dan seterusnya majlis penutup. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan nyanyian lagu Bangsa Johor.
Doa dan ikrar telah dibacakan, kini tiba masanya untuk pengumuman serta penyampaian hadiah.

"Mintak-mintak dapat la tempat. Paling kurang pun naib johan la tapi kalau dapat No. 3 pun ok juga. Yang penting mesti naib johan ni" KID bermonolog.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Namun nasib tak menyebelahi kontinjen daripada daerah Batu Pahat. Mereka diumumkan berada di tempat yang ke-3. SAKTI masih lagi memegang status johannya dan akan ke peringkat kebangsaan.

"Ok la tu. Lebih baik ada daripada tak ada. Dah dah kita dah berusaha bersungguh-sungguh. Nak buat macam mana lagi. Nampaknya diaorang masih lagi juara bertahan. Terror tu. Tapi tak mengapa, tahun ni kita dapat no.3, tahun depan mesti dapat no.2 tau. Hahaha. Dah jangan sedih." KID membangkitkan semangat rakan-rakannya.

"Abang KID, tahun depan abang KID la yang bawa kami nak?? Bimbing kami. Ganti abang IS. Hehehe" ECIK memberi respon.

"Hah betul cakap ECIK tu. Tahun depan aku dah tak pegang lagi dah jawatan ni sebab tahun ni adalah tahun last zaman persekolahan aku." celah IS.

"Tapi kenapa tak suruh adik kau je ganti tempat kau? Aku takut aku tak boleh bawa budak-budak ni la IS" jawab KID

"Nak suruh AMAR?? Dia tu baru lagi. Budak form3. Tahun ni kan dia amik PMR. Lagipun, aku rasa kau yang paling sesuai ganti tempat. Betul tak tipu. Nak harapkan kawan kau tu si BLACK..tak boleh harap. Dia baru masuk kawad tahun ni. Baru nak rasa-rasa. Semua budak-budak ni dah pandang kau sebagai ketua. Cuma kau tu je yang merendah diri sangat. Betul tak ECIK?" terang IS

"Betul kata abang IS tu." jawab ECIK.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah perbualan itu berlaku, mereka bertiga terus bilik persalinan di mana semua ahli kadet sudah selesai tukar baju. Berkemas sana, sini. Memastikan tiada barang berharga yang tertinggal. Mengebalikan suasana bilik itu sama seperti semasa datang tadi. Tidak bersepah, sampah sudah pun di buang. Maka dengan senang hati mereka pulang ke Batu Pahat. Walaupun dapat tempat yang ke-3, namun mereka tetap tabah dan akan lebih kuat pada masa akan datang dengan ketua yang baru. Mungkin. Semangat mereka tidak akan pernah padam........

Cerita asal,
x+y=z
...............


Mula mula semula mula merubah
Mereka merenung nasib sendiri
Tunjuk tunjuklah tolong tunjuklah
Aku ingin berubah

Sudah sudah sudahlah cukup cukuplah
Rugi yang lepas takkan ulangi lagi
Cuba cubalah sudi sudilah
Aku ingin mencuba

Hidup bagaikan pusingan roda
Kala di atas kala di bawah
Manusia bukanlah semua sama
(MULA - Meet Uncle Hussien)

Follow Me.............hahahaa