Saturday, March 5, 2011

Disangkakan Buaya tetapi Pencinta.......(110213)

Chapter1

Waktu awal pagi, sebelum waktu Subuh, suasana yang sunyi menyelubungi. Angin kuat bertiup kencang membuatkan keadaan bertambah sejuk. Jam loceng telah berbunyi. Kid bangun lalu terus melihat ke arah jam. Jam telah menunjukkan pukul 4.30 pagi. "Alah lama lagi nak pukul 6. Sambung tidur lagi best" bisik hati kecil Kid. Apa lagi, Kid menarik selimutnya dan terus memejamkan mata. Dengan keadaan yang sejuk ditambah pula dengan angin kipas yang berputar laju. Kid terlena dibuai mimpi...

'''" Kak Alia.......Kid tak tahu akak menganggap Kid sebagai siapa. Cuma sejak kebelakangan ni, Kid rasa tidak tenteram. Kid mula menaruh perasaan kat akak. Perasaan sayang ini telah berputik di hati Kid. Namun sesungguhnya, Kid malu nak menyatakan apa-apa kat akak. Kawan Kid ada berkata "kalau kau lambat, kau merana Kid. Aku dah tak boleh tolong apa lagi." Kawan Kid suruh Kid ajak akak jadi TTM (teman tapi mesra) Kid. Kid tak tahu nak buat apa. Buntu membelenggu. Patut ke Kid ikut nasihat kawan Kid. Tapi Kid tak mahu mengganggu akak yang tahun ni akan menjalani peperiksaan SPM. Apa-apa pun Kid nak cakap yang Kid......................................."''

Pap.... Pintu bilik ibu Kid telah ibunya buka untuk melihat Kid. "Bangun..bangun.." kata ibu Kid. Kid pada ketika itu berada di ruang tamu, berdekatan dengan televisyen, terjaga. "Alamak, kacau la. Baru nak habiskan ayat dah lesap". Kid selalu tidur di ruang tamu dan tidak pernah tidur di biliknya. Kid serta-merta melihat jam. 6.30 pagi. "Oh tidak. Lagi setengah jam saja lagi nak pukul 7". Kid bangun lalu ke biliknya untuk mengambil tuala dan terus ke bilik air.

*******

Setelah bersiap-siap, Kid menunaikan solat Subuh. Kemudian, dia membuka rantai basikal dan menunggu ibunya di luar. "Lagi 5 minit je lagi ni. Mana ibu ni?" keluh Kid yang sudah kelewatan.
Setelah besalaman, Kid mencium pipi ibunya sebelum begerak ke sekolah. "Bu, Kid pergi dulu." kata Kid yang terkejar-kejar. "Belajar rajin-rajin. Makan masa rehat nanti. Jangan tak makan" balas ibunya. Nasib baik rumah Kid berdekatan dengan sekolah. Setibanya Kid di sekolah, ingatkan Kid dah lambat. Rupanya tidak. Tiada kelibat Mr. Sarjit di pintu masuk utama. Selalunya dia dah tunggu budak-budak yang datang lambat. Yang Kid nampak cuma pengawal sekolah yang berada di pondok. Jam tangan Kid menunjukkan pukul 7. Tetapi kenapa masih kurang je orang kat sekolah ni. Kid menuntun basikalnya setelah masuk ke kawasan sekolah. Kid meletakkan basikalnya di tempat yang disediakan. Kid tertanya-tanya.
"Ouh siot je r. Jam ni cepat 11 minit. Memang la senyap je." Sementara menunggu perhimpunan, Kid dan yang lain duduk di dewan kerana hari ini hari orientasi tingkatan 4. Tengah leka Kid duduk, Kid kembali ke alam khayalannya. Tetapi bukan tidur tau. Takkan asyik tidur je. Ni masa ni Kid tengah berangan........

"""Kid menunggu kak Alia di laman web Facebook. Dari petang hingga malam Kid tunggu. Namun kak Alia masih tidak muncul. Kawan Kid, Amar, sudah pun kebosanan melayan kerenah Kid yang kebudak-budakan. Tetapi demi kak Alia, Kid sanggup tunggu. Kid sanggup tunggu sampai bila-bila. Entah bagaimana keadaan akak di sana. Adakah akak dalam kesakitan dan cuba menyembunyikannya daripada pengetahuan Kid? Kid sedia mendengar cerita akak. Namun apakan daya, Kid berada di Selatan dan akak berada di Utara. Salah satu cara Kid berhubung dengan akak ialah melalui laman web sosial, Facebook. '''"

Follow Me.............hahahaa