Monday, July 3, 2017

Kembara Utara (Minggu 1)



Assalamualaikum,

THIS IS PERLIS!!!

Seperti yang dijanjikan, KID nak mengemaskini apa yang KID dan kawan-kawan (MISH, SERY dan EPAH) lakukan pada minggu pertama kembara utara ni. Mengikut perancangan yang telah dilakukan, pada hari Sabtu tanggal 1 Julai 2017, kami berempat keluar pada waktu pagi, 9 pagi, memulakan kembara ke Bukit Ayer. Setiap orang mempunyai tugasan masing-masing. KID sebagai pemandu, SERY sebagai navigator, MISH sebagai jurugambar 1 dan EPAH sebagai penghulur makanan/jurugambar 2. 😆😆😆😆😆😆😆

"Ada apa kat Bukit Ayer??"

Yeah ini dia yang mahu diperkatakan dan dipertunjukkan...hahaha... Lawa kan?

Tempat ini diberi nama Hutan Lipur Bukit Ayer ataupun dikenali sebagai Taman Eko Rimba Bukit Ayer. Beralamat:
Jalan Anak Chelong, R119, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Terletak di bahagian utara Perlis dan mengambil masa dalam 32 minit daripada UNIMAP Pauh.

Pada awal perjalanan, kami terpaksa singgah sebentar di stesen minyak di Arau untuk mengepam tayar kereta yang kelihatan lembik. Perjalanan diteruskan semula dan berpandukan Google Maps untuk ke destinasi yang ditetapkan. Namun, kepercayaan yang ada tidak perlulah diletakkan 100% terhadap Google Maps. Hal ini kerana, kami telah tersesat hingga masuk ke kambung orang, ke bendang sawah yang jalannya ibarat sekangkang kera. Agak susah jika hendak melakukan pusingan U.

Kanan dan kiri jalan penuh semak-samun. Kesian kereta Saga SERY bercalar-balar lalu jalan tu. Jalan tersebut tidak bernama dan Google Maps melabelkan sebagai 'unknown road'. Guna Waze pun tidak boleh dipercayai. Tengok tu boleh, percaya jangan. Lagi-lagi kalau tengah drive kat Perlis ni, takut tiba-tiba je masuk kat bendang sawah orang. Disarankan agar ikut sahaja papan tanda berwarna coklat bertulis " BUKIT AYER ". Percaya jela kat papan tanda tersebut.

Walaubagaimanpun, kami dapat melihat keindahan alam sepanjang perjalanan tersebut. Pemandangan di mana sawah padi menghijau, gunung dan bukit tersergam indah serta langit yang cerah. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah. Suasana yang amat tenang dapat KID rasakan. Angin lembut menghembus bayu di awal pagi. Sungguh tenang melihat kehijauan bumi.





" Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau


Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat


Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini "

-Hijau, Zainal Abidin

Kami begitu asyik dengan pemandangan tersebut hinggakan tiada lagi perasaan risau walaupun masih lagi sesat jalan. Perjalanan kami yang sepatutnya memakan masa hanya 32 minit telah pun menjadi 1 jam 30 minit.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi kami pun tiba di Bukit Ayer.
Apa lagi?? Bermandi-mandalah kami. Air terjunnya yang agak deras tapi tidak merbahaya. Suhu air yang sememangnya sejuk menaikkan semangat kami. Hahaha.
Seronok tu seronok la juga tetapi janganlah kita leka menjaga adab di tempat orang. Sentiasa tanamkan sifat berhati-hati. KID menjumpai tempat yang agak dalam dan tidak dibenarkan masuk kepada sesiapa yang tidak pandai berenang.

" Hang jangan masuk sini, ada yang mapuih sini "
" Dalam ni dalam, kalau pandai berenang takpe "

Kawasan belah kiri gambar merupakan kawasan yang paling dalam
Siapa yang rajin panjat-panjat bolehlah tiru aksi KID bergambar di air terjun ni. Please don't try this at home. Bajet pro je.
Hahahaha.




" There is a hidden message in every waterfall. It says if you are flexible, falling will not hurt you "
          - Mehmet Murat






Tak sampai sejam, KID dah naik dulu sebab KID ni tak tahan sejuk orangnya. Hehe (macam mana la kan nak duduk kat oversea nanti). KID je yang naik. MISH, SERY dan EPAH masih lagi bergembira bermain air. Hinggakan sempat buat pertandingan selam paling lama. Sambil-sambil KID layankan mereka, KID makan sosej yang dibekalkan oleh MISH dan EPAH. Ermmmm dapnyee. Biasalah, rendam lama-lama kemudian baru terasa laparnya.

Tepat pukul 12.15, mereka bertiga naik. Kemudian kami bergilir-gilir bersiap membersihkan diri di tandas yang berdekatan. Lepas seronok main air mesti lapar punyalah. Kami meneruskan perjalanan untuk mencari makan.

Tempat pilihan kami untuk makan tengahhari ialah di Restoran Anjung Keli. Pada asalnya rancangan kami untuk makan tengahhari di Warung Mee Kari Kak Ros (#ingattrafficlightingatmeekarikakros) tetapi warung tersebut tutup kerana ia beroperasi setiap hari Ahad hingga Jumaat sahaja. Lantas SERY mencari senarai tempat makan di Perlis ini dan Restoran Anjung Keli menjadi pilihan secara tidak langsung. Tidak banyak juga kedai-kedai dan warung makan yang beroperasi, almaklumlah musim raya belum habis lagi kan.

Restoran Anjung Keli terletak hanya 24 minit perjalanan daripada Hutan Lipur Bukit Ayer.
Beralamat: Medan Sri Pulai, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia

Beroperasi setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 4.30 petang. Tutup pada hari khamis minggu pertama dan ketiga.
Maaflah tiada gambar di Restoran Anjung Keli ni sebab KID pantang kalau tengah lapar nak makan, sibuk-sibuk nak amik gambar makanan pulak. No room for picture, all I want from that moment is eat and eat and eat. Muahaha.
Takpelah meyh KID ambil gambar dari Google untuk bagi gambaran bentuk Restoran Anjung Keli ni.

RESTORAN ANJUNG KELI
https://www.facebook.com/anjungkeli.my/?rf=109940655747083

Eah tak payah lah, malas pulak KID nak cari gambar. Hang pi la sendiri fesbuk dia naaa. Ada kat link atas ni. Rugi kalau hangpa tak pi singgah, makanannya sedap dan berbaloi. KID hanya ambil nasi putih, kuah kari, sambal ikan keli, ikan kembung seekor dan air teh ais. Jumlah kesemuanya hanya RM5.80 . Murah kan? Hahahaha

Sesudah kenyang, kami berehat dan solat Zuhur di Masjid Padang Behor. " Sejuk dan wangi masjid dio... " bak kata EPAH. Memanglah sejuk sebab ada pendingin hawa (air-cond) (KID cuba untuk menulis dengan memperkasakan Bahasa Melayu yang betul).

Setelah selesai solat, kami agak terpinga-pinga kerana tidak tahu hendak ke mana.
" Korang nak pergi mana lepas ni? "
Itulah pertanyaan KID setiap kali menghidupkan enjin kereta kepada tiga anak dara tu.
Haihhh susah betul bila tiada plan ke tempat lain kerana motif utama kami pada hari tersebut hanyalah mandi di Hutan Lipur Bukit Ayer tu sahaja. Kemudian KID terpikir untuk meluangkan masa melihat matahari terbenam dan solat Maghrib di Masjid Al-Hussain, di Kuala Perlis. Sementara menunggu waktu asar, kami bersiar-siar di Giant, Kangar.

Kuat makan juga budak bertiga ni. Baru je tengahhari tadinya makan nasi kat Anjung Keli. Ni kat Giant ni duk makan pizza pulak.
"...kami ni memang kuat makan..." kata SERY.
Setelah selesai makan lalu kami ke surau Giant.
 Sementara menunggu pukul 6.30 petang, kerana terlalu awal lagi untuk melihat matahari terbenam pada masa tersebut dan cuaca agak terik (kat Perlis memang panas cuacanya), kami singgah sebentar di Gua Cenderawasih dan Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen.
Kedua-dua tempat ini berada di Seriab tidak jauh daripada Giant, Kangar. Mercu tandanya ialah Hotel Seri Malaysia. Jika ternampak hotel tersebut, bermakna anda sudah berdekatan (terlalu dekat).

Pemandangan dari dalam Gua Cenderawasih (nama asal Gua Sami), kebetulan pada masa tu ada event indie kat dalam gua tersebut. Yang KID dapat tau ialah SANGGARAYA. Apa dia Sanggaraya ni?


Sanggaraya atau ejaan sebenarnya ialah Sanggar Raya merupakan sebuah perkumpulan yang menghasilkan seni seperti seni papan cukil atau cungkil (bagi pemerhatian KID la). 


Dapat la MISH dan EPAH belajar mencungkil. Bersungguh beno teman tengok mike. Ate kome dapat belajar mende baru ye dak? Takkan la tak excited. SERY perati je kat belakang. Hahahaha.
Dan kemudian kami ke Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen. Tempat ni sebelah-menyebelah je. Sambil jalan-jalan tu, terjumpa seorang pakcik cina yang baru turun dari Bukit Gua Cenderawasih (Bukit Gua Sami).

" Oooo sini boleh panjat naik atas ka pakcik? "
KID tanya pakcik tu.

" Boleh ja, tapi hang naik dari belah sana lah sebab sana punya curam. Bahaya kalau naik turun belah sana. Baik hang pi naik dari sana pastu turun ikut sini naa.. " jawab pakcik tu memberi cadangan.

" Dan (sempat) lagi ni kalau hang nak pi naik " tambah pakcik tersebut.

" Takpolah pakcik, satgi kami nak pi Kuala Perlis pulak. Terima Kasih ye pakcik " jawab KID.

Di Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen bersama 3 dara pingitan 😆
 Maka, bergeraklah kami ke Kuala Perlis setelah mengetahui tentang Bukit Gua Cenderawasih. Nak tengok tak betapa cantiknya pemandangan kat laut masa matahari terbenam???
Jom tengok jom.

Langkawi??

Mungkin ini adalah destinasi kami seterusnya?? In Sha Allah

Antara pemandangan yang KID dapat tangkap. Subhanallah. KID memang teruja sangat bila dapat tengok pemandangan cantik macam ni. Rasa sebak pun ada. Hahaha. Maka ber-huhu la KID secara tiba-tiba. 😂


Hari kami kemudiannya diakhiri dengan solat Maghrib di Masjid Al-Hussain. Nak kata masjid terapung boleh la jugak. Tapi pengalaman KID solat di masjid ni ialah KID berada di saf pertama dan di hadapan KID terdapat satu tingkap yang agak besar menampakkan pemandangan air laut. Terasa diri ni ibarat sedang solat di atas air. Sudah mula tidak khusyuk gamaknya. Hahahaha. Astagfirullah.

Selesai solat, kami makan di pesisiran pantai Kuala Perlis yang menempatkan gerai-gerai tepi jalan.
Sambil menunggu pesanan kami sampai, kami berbincang tentang aktiviti untuk hari esok. Aktiviti utamanya ialah mendaki Bukit Gua Cenderawasih yang kami jumpa pada petang hari tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada keesokkan harinya, kami pun bergerak seperti yang dirancang menuju ke Bukit Gua Cenderawasih. Tepat pukul 8 pagi kami memulakan perjalanan. Kali ini sememangnya kami berpandukan arah papan tanda yang tersedia ada. (Belajar dari kesilapan).

Setibanya kami di destinasi tersebut, masing-masing keluar dengan penuh semangat untuk memulakan pendakian.



Betullah kata pakcik tu. Curam gila tangga dia. Memang bahaya kalau nak turun ikut sini. Tetapi kami yang hendak mendaki pun terpaksa berhati-hati kerana tangga yang agak curam dan licin.

Setelah hampir 45 minit pendakian, kami tiba di puncak. Beginilah pemandangan di puncak Bukit Gua Cenderawasih. Pemandangan yang menampakkan kawasan Kangar dan semestinya Seriab.

Kat puncak ni KID ternampak macam ada taman permainan kat bawah. Jadi KID bagitau mereka bertiga untuk singgah di taman tersebut sesudah turun daripada bukit ni nanti.




Penat dah nak bercerita, biarlah gambar yang berbicara.
Hal ini kerana, KID dah penat nak mengarang ayat. Hahahaha. No more idea bruhhh...
Geng Bas Sekolah 22

Sekali lagi jangan tiru aksi KID. Bahaya kalau tak power. Pfffttttt....

Taman permainan tersebut bernama Taman Rekreasi Bukit Lagi. Sebagai info, KID mendapati bahawa Bukit Lagi merupakan sebuah pulau yang diberi nama Pulau Lagi pada suatu ketika dahulu. Ini bermakna tempat yang KID berdiri megah sekarang merupakan dasar laut. Tetapi ianya telahpun berjuta tahun lamanya. Dulu sebuah pulau, kini sebuah bukit.


Sekian sahaja log untuk Kembara Utara kami untuk minggu yang pertama. Nantikan entry yang terbaru untuk destinasi yang seterusnya di minggu yang akan datang. Jumpa lagi. 😊
Wassalam. (Tengok gambar anak dara orang jangan lama-lama...berdosa tau)

Follow Me.............hahahaa