Pada suatu malam, aku tgh sibuk mencari buku KH aku sebab esoknya aku akan menjalani peperiksaan akhir tahun kertas soalan KH. Tgh sibuk mencari buku KH, tiba-tiba ada bunyi yang kuat berpunca dari dapur. Aku suruh kucing aku (Black/Tam) pergi tengok apa yang ada kat dapur. Oleh kerana x de respond, aku pun pegi tengok. Rupa-rupanya ada seekor ular sedang menjalar kat kabinet cawan. Apa lagi, aku panggil la mak aku yang sedang rilex tengok tv. Lepas dia tengok ular tu, dia pun panggil jiran yang terdekat untuk memastikan ular jenis apa. Rupa-rupanya anak ular sawa. Lepas tu pulak dia panggil bomba untuk mengeluarkan anak ular itu. Mesti la kita kena panggil pakar jangan pandai-pandai ketika nak buat sesuatu, nanti jadi benda lain pulak. Bomba pun sampai untuk melakukan kerjanya tersendiri. Aku tengok diorang nak tangkap ular tu dengan menggunakan renjatan elektrik. Setelah dikenakan renjatan elektrik, ular tu pun aku pun tak tau benda tu pengsan atau mati tapi bomba tu kata dia x boleh bunuh bunuh ular tu sebab ular tu haiwan terpelihara. Mungkin anak sawa tu ular yang tak dijumpai oleh bomba masa bulan ramadhan yang lepas, aku lepas sahur nak mandi tgh sedap mandi terperasan ada ular kat sudut bilik air. Oleh kerana x pakai cermin mata aku x tau ular tu jenis apa. Mak aku pun panggil bomba, tunggu bomba dari pukul 6.30 sampai aku dah pegi sekolah x sampai lagi. Mak aku cakap bomba tu datang pukul 7 lebih, pastu bomba tu cari-cari ular dah takde. Apalagi sebagai langkah berjaga-jaga pasanglah perangkap. Cerita pasal ular ni korang nak tau buku KH yang aku cari tu kat mana??????
Rupa-rupanya ada kat sekolah dalam kelas 2 Keruing. Aku ingat dah hilang, mungkin lupa nak ambik masa kelas tambahan terancang. Nasib baik x hilang, kalau hilang aku kena bayar RM11.58 kepada pihak sekolah sebab buku tu buku pinjaman. Aku dah cuak dah!!!!!!!!!!!